17 restoran ditipu hidup-hidup pasangan ini, letak kaca dalam mulut sebagai taktik untuk ugut pihak bayar pampasan.
Pasangan suami isteri telah dijatuhkan hukuman penjara 22 tahun dan denda 11,000 yuan (RM7,255.10) kerana didakwa memeras ugut 17 restoran dengan memasukkan gelas ke dalam mulut mereka dan berpura-pura menjumpainya dalam makanan.
Letak kaca dalam mulut
Menerusi laporan South China Morning Post, pasangan tersebut dituduh bersubahat untuk memeras ugut setiap restoran sebanyak 10,000 yuan (RM6,480.91).
Wang Jia, peguam di Mahkamah Rakyat Daerah Shanghai Jing’an, mendapati penipuan itu bermula apabila Jiang meletakkan cebisan kaca ke dalam mulutnya semasa makan.
Kemudian pasangannya, Chen akan berunding dengan pengurus restoran untuk mendapatkan pampasan.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pasangan itu dilihat bersama anak kecil mereka sedang makan di sebuah restoran. Jiang akan menundukkan kepalanya untuk makan manakala Chen akan memanggil kakitangan restoran. Mereka akan menggunakan taktik yang sama berulang kali di restoran yang lain.
Tambah Wang, pasangan itu mendakwa terdapat ‘bahan berbahaya’ dalam hidangan lalu mereka akan menuntut makanan percuma dan pampasan berjumlah antara 200 yuan (RM131.19) sehingga 2,000 yuan (RM1,311.91).
Jika restoran itu enggan memberi pampasan, mereka akan mengugut untuk membuat aduan kepada talian hotline perkhidmatan awam kerajaan atau biro kawal selia pasaran tempatan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan restoran akan memberi pampasan kepada pasangan tersebut untuk mengelakkan nama buruk pada restoran mereka.
Disebabkan perkara itu, Chen dipenjarakan selama setahun dan didenda 6,000 yuan (AS$820) manakala Jiang dikenakan hukuman penjara 10 bulan dan denda 5,000 yuan.