2 individu buka cerita tentang dakwaan lelaki diperdaya isteri orang untuk berkahwin tapi ada ‘plot twist’

2 individu buka cerita tentang dakwaan lelaki diperdaya isteri orang untuk berkahwin.

“itu adalah cerita lapan tahun yang lepas. Cinta tidak diberi perhatian, berperangai buruk, memanglah kena tinggal,” demikian kata individu yang dikenali sebagai Enchik Fify, yang menafikan tuduhan seorang lelaki yang mendakwa bakal isterinya merupakan isteri orang, selain mempunyai dua anak.

Enchik Fify berkata, menurut gambar layar yang tular, wanita tersebut lebih baik bersama lelaki lain dan kini gembira dengan suami dan dua anak mereka.

“Dia layak mendapat yang lebih baik dan gembira bersama suami yang sangat baik, dengan dua anak. Terlalu buat cerita kerana tahu wanita itu sudah berkahwin dan mempunyai anak.

2 individu buka cerita tentang dakwaan lelaki diperdaya isteri orang untuk berkahwin tapi ada 'plot twist'

“Psycho betul, walaupun gambar-gambar bukti tidak kukuh. Entah apa-apa, membuat laporan polis sahaja. Tetapi memang tidak kena layan. Cerita tidak benar, kasihan Ainie,” tulisnya.

Seorang individu lain bernama Suzana Amelia turut memberikan kenyataan yang serupa, malah mendakwa lelaki tersebut masih belum dapat menerima hakikat dan cemburu sehingga sanggup membuat cerita yang tidak masuk akal.

“Ketika membaca rasa pelik. Tak mungkin selama bercinta tidak tahu nama sebenar tunang sendiri. Ketika mengisi dan menghantar borang, tidak menyemak nama sebenar bakal isteri? Tak seharusnya tidak meminta MyKad dan sebagainya.

2 individu buka cerita tentang dakwaan lelaki diperdaya isteri orang untuk berkahwin tapi ada 'plot twist'

“Resit tempahan homestay, boleh ditulis dengan resit mana-mana yang ada. Sangat berani sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

“Tidak ada perbualan dengan perempuan itu yang dipaparkan. Hanya perbualan dengan bapa perempuan itu. Pelik, dua tahun bersama tetapi tidak dapat mengesan apa-apa yang pelik,” katanya.

Bagaimanapun, pemilik homestay menjawab kenyataan Suzana dan menegaskan beliau mempunyai bukti rombongan lelaki tersebut menginap di premisnya.

2 individu buka cerita tentang dakwaan lelaki diperdaya isteri orang untuk berkahwin tapi ada 'plot twist'

“Maaf, saya pemilik homestay. Bukan palsu seperti yang awak cipta. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mereka menginap dan perbualan bersama pun ada. Jangan memandai nak kata kejadian itu palsu dan direka.

Pengubah dulang hantaran lelaki tersebut juga membidas kenyataan kedua-dua individu tersebut.

“Ini adalah bukti barang hantaran yang diubahsuai oleh saya untuk Majlis Akad Nikah lelaki itu. Tidak mungkin ini berlaku lapan tahun yang lepas seperti yang didakwa oleh orang itu.

2 individu buka cerita tentang dakwaan lelaki diperdaya isteri orang untuk berkahwin tapi ada 'plot twist'

“Tengoklah tarikh laporan polis yang dibuat. Tidak mungkin untuk membuang masa untuk pergi jauh-jauh. Bayangkan, dari Kuching ke Daro, itu berapa jauh.

“Di rumah kami, mereka bertunang, tidak mungkin juga itu palsu? Astaghfirullah al-azim,” ujarnya.

Sementara itu, seorang individu meminta orang ramai untuk tidak mengutuk bapa wanita tersebut, yang juga merupakan bapa saudaranya.

2 individu buka cerita tentang dakwaan lelaki diperdaya isteri orang untuk berkahwin tapi ada 'plot twist'

“Jangan libatkan bapanya, yang juga merupakan bapa saudara saya. Sepupu saya itu menipu bapanya. Dia terpaksa mengikut arahan anaknya. Kami semua malu dengan perbuatannya, yang kini dikecam orang ramai,” kata Sukri Roky.

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewanya di Facebook selepas mengetahui dia telah diperdaya oleh tunangnya untuk menubuhkan rumah tangga. Lebih mengejutkan, lelaki itu mendakwa tunangnya adalah isteri orang dan mempunyai dua anak.

BACA:
3 lukisan yang disumpah dan mempunyai kisah seram disebaliknya, penyimpan pernah diganggu dan seakan ditenung gambar
“Aku pelik lepas dia bersalin anak pertama, macam kahwin dengan orang gila, ada satu bilik dalam rumah aku penuh dengan lukisan yang berunsur ‘dark’”
Sangat rendah diri dan tak menunjuk dalam melakukan amal jariah, kariah surau terkejut jumpa RM50 dalam balutan RM1