“2 tahun perkahwinan aku tak seperti orang lain, banyak masalah yang berlaku, lagi pelik aku disentuh 3 bulan sekali”

Salam sejahtera semua. Tak tahu nak mula macam mana, tapi nak luah jugak sebab sakit sangat bila tak ada sesiapa yang menjadi telinga kita bila kita memerlukan. Aku berusia hujung 20-an, seorang perempuan, dan sudah berkahwin selama 2 tahun.

Tapi 2 tahun ni bukanlah momen yang indah buat aku. Orang kata setahun dua kahwin semuanya pasti akan manis belaka, indah dan bahagia. Tapi aku beberapa bulan kahwin pun dah menangis. Menangis yang bukan biasa, lain perasaannya. Semua atas sebab perilaku suami dan keluarga mertua.

Dia jenis friendly dengan semua orang tanpa mengira jantina. Senang kata, act of service. Suka membantu dan berinteraksi dengan semua pihak, baik itu keluarganya, keluargaku, tempat kerja, jiran, atau orang awam.

Termasuklah dengan perempuan yang entah siapa, maksudnya orang luar. Suka memberi respons pada cerita perempuan lain, contohnya minah tu ada buat cerita sedih kecewa, suami aku tekan emoji ini itu, like ini itu, chat dengan ini dan itu.

Bila aku buat cerita sedih atau memang tak bercakap, takde pulak dia respond. Hati isteri mana je tak terasa? Bila dipersoalkan, dia akan jawab tak ada sesiapa pun, tak berhubungan pun. Ya, mungkin sekarang tak ada, tapi akan datang macam mana? Kamu yakin?

Sekarang pun dah ada bau-bau nak curang, mesti lah kena tegur, kena tegah. Dah kahwin, buatlah cara dah kahwin, jagalah batas, tak perlu nak berlagak hero gadis-gadis. Masalah isteri sendiri, hati isteri sendiri tak nak jaga. Emosi dan mental isteri tak nak jaga, sedangkan nafkah batin bukan sahaja di atas katil semata-mata.

Cakap pasal nafkah batin, aku ni bukan jenis perempuan gatal asyik nak fikir ke situ. Tapi nak cakap yang suami aku jenis tak sentuh aku, dalam 3 bulan sekali baru ada. Topik ni pernah masuk dalam perbincangan walhal waktu itu tengah gaduh pasal lain.

Dia jawab sebab tak beli kondom, aku sering sakit, taknak korbankan tidur sebab nak kerja nanti kena mandi wajib. Sebab itu dia chat perempuan lain sebab ada layanan, katanya. Mulanya aku terasa juga, macam ada yang tak kena ke kat aku sampai suami tak nak.

Lama-lama aku dah tak heran. Kau tahu ini dosa, jadi kau tanggunglah sendiri. Kalau dia nak kata aku isteri yang tak mampu jaga dia bab tu, terus terang je tak perlu salahkan aku balik. Dan jangan pernah mana-mana pihak menyalahkan aku terutama keluarga mertua tentang takda anak sebab kami pernah berbincang masa awal kahwin dulu.

Aku pernah tanya dia nak anak cepat ke macam mana dan dia jawab 2 hingga 3 tahun lagi baru nak. Lagipun aku ada masalah kesihatan dan doktor sendiri tak galakkan untuk mengandung buat masa sekarang, beri aku masa untuk menangani penyakit ini terlebih dahulu. Jangan suami aku membawa perkara ini dalam diam dan menjadikannya alasan untuk berlaku curang, sudahlah.

Rentastic Register Page

Tiada komunikasi. Seperti yang aku katakan pada no 1, hati isteri pun dia tak jaga kerana dia tak berkomunikasi dengan aku. Kami pasangan yang tak ada pillow talk sebelum tidur. Malah di waktu lain pun, tiada. Tak wujud.

Dia nak tidur, dia tidur je tanpa menangguh-nangguh, memang tak lah nak dengar keluhan aku. Bila bergaduh, masing-masing tak bercakap, buat hal sendiri. Paling best, dia boleh jalankan rutin harian seperti biasa malah lebih, seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku, sementara aku ni sakit hati, tak nak makan, muka moody. Memang terasa tak dihargai. Aku rasa dia tak pandai memahami perasaan aku.

Maka menangislah aku sendiri, tertidurlah aku seorang-seorang, dan update status kalau nasib baik ada kawan rapat atau keluarga yang akan reply tanya kenapa ni. Kalau takde, aku menunggu sahaja. Aib memang aib aku tahu, kita tak patut cerita hal rumahtangga di luar, tapi aku sudah terlalu penat mental dan hati ini, bila tak ada sesiapa yang peduli.

Sekurang-kurangnya bila aku buat macam tu, aku rasa lega sedikit, walaupun bukan 100% lega. Aku bukan jenis cengeng atau manja. Kadang-kadang air mata keluar tapi aku tahan sampai boleh sedut balik, kerana aku tak nak orang nampak. Aku tak seperti perempuan lain yang menangis sambil memeluk-meluk. Sangat sukar, terutama bagi aku yang introvert dan susah untuk menunjukkan perasaan.

Jadi, korang boleh rasa betapa sulitnya hati aku yang menjadi seorang introvert yang terlalu banyak menahan perasaan. Sakit kepala jangan cakaplah, aku keluarkan macam-macam ubat, menjerit kuat sebab tak tahan stres, biar jiran dengar sekalipun.

Aku rasa macam aku tinggal dengan housemate bukan dengan suami. Topik tu berlalu begitu sahaja tanpa perbincangan, apatah lagi penyelesaian. Bertambah lagi senarai untuk perkara gaduh yang seterusnya.

Keluarga mertua. Sebelum kahwin lagi, mereka sudah mengawal macam-macam. Tentang hantaran, pertunangan, dan tempat tinggal. Aku dan keluargaku bukan jenis yang berlebih-lebihan, jadi sepatutnya tidak ada isu tentang hantaran. Suami menjanjikan RM1k, jadi aku dan keluargaku bersetuju, tapi bila keluarga dia datang, terus mengurangkan jumlah tersebut sambil merendah-rendahkan mak ayahku. Situasi itu membuat aku tidak selesa. Datang sahaja dengan cara begitu, nak merisik tapi membawa cincin tambahan untuk pertunangan.

Seolah-olah aku tak ada hak untuk merancang majlis tunang sendiri. Lepas itu, mereka menyindir aku mengenai hantaran dan kemampuan keluargaku. Suami aku bagitahu keluarganya yang aku tak pandai masak, setiap kali jumpa mereka, perkara yang dibangkitkan selalu tentang kemampuan aku di dapur. Mereka selalu menyindir dan menunjukkan bahawa aku tidak tahu cara menjaga suami mereka.

Bulan berbulan, situasi itu terus berlarutan. Aku tak tahu bagaimana lagi untuk merasa dan akhirnya aku menjadi lebih pendiam dan mengelak dari pertemuan mereka. Mereka menyuruh aku tinggal serumah dengan mereka, tetapi aku tidak mahu. Aku suka privacy dan tidak mahu tinggal serumah dengan ipar. Alasan mereka ialah tidak ada siapa yang akan jenguk kalau kami tinggal tempat lain.

Aku bersikeras untuk mencari rumah sendiri, dan akhirnya aku mendapat tempat tinggal sendiri. Mula lah episod sindiran dan celaan kepada kami, tetapi kami lupa jalan pulang ke rumah mereka dan lupakan mereka. Kami memilih untuk menyendiri dan menguruskan rumah kami sendiri pada hujung minggu.

Mereka selalu mempersoalkan keputusan kami dan menyindir tentang kami tidak menjaga anak laki mereka dengan baik. Setiap perkara yang kami lakukan selalu disalahkan, dan kami terus dikecam. Mereka memandang rendah dan membuat perbandingan dengan keluarganya sendiri. Semua ini menyebabkan aku terpaksa menjadi lebih pendiam dan mengelak dari pertemuan mereka.

Banyak lagi masalah yang aku tidak sebutkan di sini. Aku tak tahu apa tujuan aku berkongsi cerita ini di sini. Mungkin sebagai cara untuk melepaskan tekanan mental. Walaupun aku tahu mungkin ada yang akan memberikan komen-komen negatif. Tapi takpe, aku akan terima segala kritikan. Aku hanya mengikut aliran. Talk aku telah tawar hati. Bab cerai memang selalu terfikir, bukanlah aku jenis lemah tetapi setiap orang ada batasnya. Apa yang akan berlaku ke depan hanya Allah yang tahu. Ya, aku tahu, 5 tahun pertama adalah ujian perkahwinan. Tapi ujian itu sepatutnya dihadapi bersama-sama, bukan isteri yang meratap hati dikoyak raba. Aku tak boleh terima ayat itu untuk diterapkan kepada setiap perkahwinan, maafkan aku jika itu terlalu keras.

BACA:
Kedai makan ‘tiada pekerja’, pemilik letak notis dan harga untuk pelanggan bungkus dan bayar sendiri
Sentiasa segak dalam apa jua istiadat, 7 nama alat kebesaran diraja ini selalu dipakai dan digunakan YDPA
Pemilik flat selera kondo, selamba pasang gril besi di koridor sampai halang laluan penduduk dan pekerja