JebatDerhaka

4 beradik dihalau dan ditinggalkan di pondok pengawal oleh keluarga sendiri

4 beradik dihalau dan ditinggalkan di pondok pengawal oleh keluarga sendiri.

Empat beradik, termasuk seorang bayi berusia 10 bulan, dipercayai ditinggalkan di depan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah di sini pada hari semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah, menyatakan bahawa maklumat mengenai kejadian itu diterima melalui Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah sekitar jam 5.39 petang.

“Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.50 pagi melibatkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan, serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafezul Helmi menjelaskan berdasarkan keterangan yang diperoleh, adik-beradik malang ini dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita yang tidak dikenali yang menaiki kereta jenis Toyota.

“Hasil dari soal siasat terhadap seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, mereka telah dihalau dari sebuah rumah di Bota sebelum dihantar ke kompleks tersebut oleh wanita yang tidak dikenali, yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota.

4 Beradik dihalau dan ditinggalkan di pondok pengawal oleh keluarga sendiri

“Mereka turut ditinggalkan bersama satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang,” katanya.

Hafezul Helmi menyatakan keempat-empat adik beradik tersebut telah dihantar ke Rumah Perlindungan Gopeng untuk tujuan keselamatan dan siasatan lanjut.

Beliau menambah bahawa pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa dan waris kanak-kanak tersebut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” katanya.

BACA:
Malaysia semakin kehadapan, bakal melancarkan satelit terkecil di dunia buatan sendiri
Lebih 200 kanak-kanak ‘tewas’ berpunca daripada ubat batuk
Pelancong wanita buat perangai, selamba guna cat kuku dalam pesawat