8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu

8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu.

Banduan Malaysia sebenarnya mempunyai 8 jenis warna baju, dan setiap warna mempunyai maksud tersendiri. Banyak yang tidak tahu mengenai 8 jenis warna dan maksud baju banduan di Malaysia, termasuk warna putih. Jika kita perhatikan, baju-baju banduan di Malaysia adalah berwarna-warni, dan setiap warna itu sebenarnya mempunyai Peringkat dan Kategori Banduan / Tahanan / Penghuni Penjara Malaysia yang berbeza makna dan maksudnya.

Mari kita kaji lebih lanjut 8 maksud perbezaan jenis warna baju banduan untuk pengetahuan semua.

OREN

8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu

Belum dikategorikan sebagai banduan. Ini adalah baju untuk tahanan polis dan masih di bawah seliaan polis sepenuhnya. (OKT).

UNGU

8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu

Baju ungu diperuntukkan kepada banduan reman yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Mereka akan kekal direman selagi hukuman tidak diputuskan, kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tidak mendapat jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat di mahkamah.

PUTIH

8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu

Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat di bawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.

MERAH

8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu

Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama atau ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Fasa ini bermula dengan Fasa Orientasi dan memerlukan pemenuhan kriteria tertentu sebelum ke Fasa seterusnya.

HIJAU

8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu

‘Kolar hijau’ adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan hingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Mereka menjalani program (PPI) Fasa 2, iaitu Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi pembelajaran agama dan terapi kemasyarakatan.

BIRU

8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu

Peringkat ‘kolar biru’ adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Golongan ini termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menamatkan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.

HIJAU FLORESCENT

8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu

Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka pada mulanya memakai baju merah, hijau, atau biru. Golongan ini terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih untuk bekerja di luar persekitaran penjara di bawah pengawasan pegawai penjara. Banduan yang bekerja di bawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.

PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH

8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu

Peringkat ini digeruni oleh semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.

BACA:

Pelakon senior terpaksa tinggal di hutan akibat jatuh miskin, dipelawa pontianak untuk tinggal bersama
Sangat menjijikkan, video tangki air di sebuah kolej kediaman UMS penuh ulat tular!
3 lukisan yang disumpah dan mempunyai kisah seram disebaliknya, penyimpan pernah diganggu dan seakan ditenung gambar