Abang tiada perikemanusiaan, paksa adik perempuan jual nasi lemak sampai habis tenaga, siap ugut tak bagi balik jika tak habis

Abang tiada perikemanusiaan, paksa adik perempuan jual nasi lemak sampai habis tenaga, siap ugut tak bagi balik jika tak habis.

“Jangan menangis,” demikian ayat pujukan daripada pengadu kepada seorang kanak-kanak yang datang menghampirinya semasa berada di Pantai Klebang.

Menurut pengadu, kanak-kanak perempuan berkenaan menangis kepenatan kerana disuruh menjual nasi lemak oleh abangnya. Dia tidak dibenarkan pulang selagi nasi lemak itu tidak habis dijual.

“Ceritanya macam ni, kami tengah healing di tepi Pantai Klebang. Bila nak balik, tiba-tiba budak ini datang terus menangis sambil cakap penat.

“Budak ini kata, abang tidak benarkan dia balik selagi tak habiskan jualan. Dia terus menangis. Mula-mula slow je (menangis), lama kelamaan semakin kuat menangis.

“Jadi kami ambil keputusan nak tolong jual je.

Abang tiada perikemanusiaan, paksa adik perempuan jual nasi lemak sampai habis tenaga, siap ugut tak bagi balik jika tak habis

“Tolong la eh ibu bapa. Kalau diorang cakap dah penat, tolonglah jangan paksa. Lagipun kerja-kerja ini bukan sesuai dengan umur diorang yang sepatutnya bermain dan tidur di rumah,” ujarnya.

Di ruangan komen, ada netizen berasal dari Melaka mengakui ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan kanak-kanak untuk menjual barangan mereka.

Taktik itu digunakan bagi meraih simpati rakyat tempatan atau pelancong luar yang mudah menaruh perasaan simpati dengan kanak-kanak.

“Dekat Melaka, ini memang modus operandi niaga guna budak-budak. Mak ayah duduk tunggu dalam kereta. Budak-budak ada yang 4-5 tahun, jam 12 malam masih menjaja.

“Sebenarnya bila anak yang bantu jual, orang yang membeli lebih kepada rasa simpati. Kalau susah macam mana sekali pun, ibu bapa perlu berusaha sendiri, bukannya menyusahkan anak-anak,” kata netizen.

https://www.tiktok.com/@sjbkim/video/7261648255514135826
BACA:
Abang GDEX dipuji, tolong pelanggan simpankan barang berisi mainan ketempat selamat sebelum hujan turun
Peniaga tepi jalan buat perangai jijik, ludah dalam makan untuk larikan jualan, siap tengok kiri kanan sebelum buat
Pasangan China terkejut masa bulan madu di Sabah, jumpa kamera ‘skodeng’ dalam soket elektrik dekat hotel