Aiskrim paling mahal di dunia, berharga RM31,729 dan tidak memiliki tarikh luput.
BERAPA aiskrim termahal yang pernah anda makan? Pernahkah anda terfikir yang aiskrim dijual pada harga puluhan ribu ringgit?
Baru-baru ini jenama aiskrim mewah Jepun, Cellato telah mencipta rekod baharu Guinness untuk ais krim termahal di dunia dengan harga AS$ 6,700 (RM31,729) untuk satu hidangan.
Wakil Guinness World Records mengesahkan aiskrim terbaharu Cellato yang diberi nama Byakuya itu yang termahal di dunia. Ia juga kaya dengan protein.
Byakuya terdiri daripada asas baldu yang diperbuat daripada susu, dua jenis keju, kuning telur, sake leek dan dihiasi dengan keju parmigiano, truffle putih, minyak truffle serta daun emas.
Gelato gred tinggi mempunyai rasa kurang manis, rasa yang lebih kompleks dan tekstur yang mewah dan licin.
Aiskrim mewah itu dibungkus dalam kotak hitam yang bergaya. Ia termasuk sudu logam buatan tangan yang dicipta oleh Takeuchi di Fushimi, Kyoto dengan menggunakan teknik dan bahan yang digunakan dalam pembinaan kuil.
Byakuya dengan saiz 130 mililiter kini boleh dibeli di laman web Cellato pada harga RM31,729. Harga ini tidak termasuk sudu logam mewah.
Salah satu bahan istimewa dan mahal yang menjadikan aiskrim ini mewah adalah truffle putih yang berasal dari Alba, Itali.
Aiskrim mewah ini menggunakan truffle putih yang berkualiti tinggi dengan harga AS$14,900 (RM70,544).
Cellato mengesyorkan agar ais krim tersebut dibiarkan lembut sedikit sebelum dihidangkan supaya sudu logam dapat masuk ke dalamnya dengan mudah.
Kemudian, campurkan minyak truffle untuk rangsangan rasa yang kuat dan nikmat yang tidak terkata.
Selain itu, aiskrim termahal di dunia ini juga mengandungi sake lees iaitu sisa pengeluaran sake yang terkenal dengan rasa buah dan tekstur seperti pes.
Ais krim Byakuya tidak mempunyai tarikh luput, tetapi Cellato mengesyorkan agar memakannya dalam masa 10 hari untuk menikmati rasa dan tekstur sepenuhnya.
BACA:
Anak ahli politik bunuh kekasih dengan kejam, pukul kekasih dan gilis dengan kereta sampai mati
Ini yang akan berlaku jika internet tiba-tiba ‘hilang’ diseluruh dunia, memang membatu dan tak boleh buat apa-apa
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan perjelas hukum tentang jual diri, video call dan voice call
.