Akibat fenomena ‘Polar Night’ di Alaska, bandar di sana bergelap sehingga Janurai 2024

Akibat fenomena ‘Polar Night’ di Alaska, bandar di sana bergelap sehingga Janurai 2024.

Penduduk di bandar Utqiaġvik, Alaska, kini mengalami masa bergelap dan dijangka akan melihat Matahari semula pada 23 Januari 2024 setelah terbenam untuk kali terakhir pada Sabtu lepas bagi tahun ini.

Fenomena yang dikenali sebagai ‘Malam Kutub’ atau Polar Night sedang berlaku di Bulatan Artik, mengakibatkan bandar ini tidak bergelap sepanjang hari, tetapi akan digantikan oleh waktu senja ketika siang hari.

Waktu senja tempatan bermula apabila matahari berada dalam lingkungan 6 darjah di bawah ufuk, seperti yang diumumkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

‘Waktu bergelap’ sepanjang musim sejuk memberi kesan buruk kepada penduduk tempatan, yang kini mengambil vitamin D dan menggunakan lampu sebagai alternatif hingga siang hari kembali.

Akibat fenomena 'Polar Night' di Alaska, bandar di sana bergelap sehingga Janurai 2024

Matahari dijangka akan muncul semula di bandar itu kira-kira jam 1.09 tengah hari waktu tempatan pada 23 Januari 2024, berlangsung selama kira-kira sejam.

Utqiaġvik, yang sebelum ini dikenali sebagai Barrow, terletak kira-kira 804 kilometer (500 batu) dari barat laut Fairbanks, di mana fenomena ini tidak berlaku sepenuhnya.

Fenomena Malam Kutub atau Polar Night terjadi kerana kedudukan Hemisfera di sebelah utara condong dari matahari, menyebabkan kawasan tersebut tidak menerima cahaya matahari, dan penduduk tempatan akan mengalami cahaya siang berpanjangan pada musim Soltis, di mana matahari tidak terbenam selama berminggu-minggu.

BACA:
Surat Osama Bin Laden tiba-tiba tular selepas 21 tahun, ada kena mengena dengan pergolakan negara timur tengah
Kecoh satu pesawat, kuda dalam kargo kenderaan mengamuk dan terlepas ketika penerbangan
Gara-gara hantaran, wanita tamatkan riwayat hidup dalam bilik hotel