“Aku bangga ada suami yang kuat imannya, tapi bila malam menjelma, hilang rasa hormat aku kepada dia”

Semua nampak indah di awal hubungan romantis. Tetapi, apabila bersama-sama di bawah satu bumbung, ‘warna-warna’ sebenar pasangan mula terbongkar, mendedahkan hal-hal yang mungkin selama ini tersembunyi.

Pada fasa ini, kekuatan hubungan dan kesungguhan suami isteri dalam mencintai satu sama lain akan diuji. Melalui luahan hati seorang wanita yang tidak mendedahkan namanya di laman Facebook, beliau menceritakan kekecewaannya terhadap tingkah laku suaminya yang terlalu berorientasikan hawa nafsu.

Wanita tersebut mendakwa bahawa suaminya kelihatan warak di luar rumah tetapi berubah secara mendadak apabila berada di rumah.

“Suami saya menunaikan solat dan melibatkan diri dalam urusan tabligh dengan rajin di luar rumah.

“Tetapi, ketika malam menjelang, suami sibuk dengan telefon pintarnya. Ternyata, dia menonton video lucah dan berbual dengan perempuan di Instagram.

"Aku bangga ada suami yang kuat imannya, tapi bila malam menjelma, hilang rasa hormat aku kepada dia"

“Dia terlalu terpesona dengan aktiviti tersebut sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Apabila di rumah, dia hanya hidup dengan telefon pintar,” keluh wanita itu.

Tabligh merujuk kepada usaha menyampaikan mesej Islam dengan menggunakan kudrat diri, harta, dan waktu. Menonton video lucah pula boleh menjadi sebab rezeki tertutup.

Wanita tersebut menambahkan kesedihannya apabila suaminya tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah.

“Dia tidak mampu memberi wang untuk perbelanjaan sehingga saya terpaksa menyokong kewangan. Walaupun saya mengakui gaji saya lebih tinggi sedikit daripada suami, tetapi saya kini telah kehilangan pekerjaan.

“Setiap hari, ujian yang semakin berat perlu saya hadapi. Tanggungjawab terhadap anak-anak kini menjadi beban saya sepenuhnya.

“Saya rasa buntu, tidak tahu apa yang perlu saya lakukan,” akhir kata wanita itu.

BACA:
Pelawak Hamdan Senario ditidurkan dan diberi oksigen, alami jangkitan kuman dalam darah
“Aku pelik kenapa abang aku pilih dia jadi isteri, satu hari aku balik diam-diam, apa yang aku nampak buat aku menangis”
Jambatan semulajadi paling unik di dunia, ambil masa 30 tahun dan terbentuk daripada akar pokok beringin