“Aku pelik kenapa abang aku pilih dia jadi isteri, satu hari aku balik diam-diam, apa yang aku nampak buat aku menangis”

Sudah menjadi lumrah setiap orang suka akan keindahan dan kecantikan. Begitu juga dalam memilih pasangan hidup, kebanyakannya akan lebih mudah tertarik kepada penampilan secara luaran terlebih dahulu.

Kisah yang kami ingin kongsikan ini benar-benar membuka mata bahawa kecantikan bukanlah jaminan kebahagiaan dalam rumahtangga. Siapa sanggup meninggalkan pekerjaan sebagai pensyarah semata-mata kerana ingin menjaga ibu mertua dan nenek yang terlantar sakit? Walaupun bersahaja dan tidak bergaya, keperibadian wanita ini memang kami kagumi!

Berangan nak ada kakak ipar cantik. Abang aku ustaz. Muka boleh tahan hensem, dia sangat aktif masa belajar kat Mesir dulu, kira orang kuat la. Jadi aku pernah dengar ada 2-3 orang perempuan suka kat dia.

Lepas habis belajar, abang aku cakap nak kahwin, suruh ummi pergi rumah bakal kakak ipar aku. Aku pun semangat la, mesti bakal kakak ipar aku cantik, mesti jenis lemah lembut, jenis ayu habis.

Ye la abang aku ustaz, bakal doktor tak lama lagi. Aku berangan la ada kakak ipar cantik. Yang boleh layan gila-gila aku. Last-last tengok, alah biasa ja. Tak kurus tak gemuk. Senyum ja manis. Muka pucat semacam.

"Aku pelik kenapa abang aku pilih dia jadi isteri, satu hari aku balik diam-diam, apa yang aku nampak buat aku menangis"
gambar sekadar hiasan

Tapi aku okay ja sebab dia baik, senang bawak bersembang walaupun cara dia macam orang tua-tua. Jenis tak heran langsung tudung dia senget ke betul ke, janji dia buat kerja dia.

Cuma aku masih berharap abang aku terima seorang sis ni. Dia memang suka dekat abang aku, cantik pun cantik. Orang femes insta gitu. Kira macam model muslimah la.

Lagipun aku tengok cara hidup dia dengan abang aku sangat berbeza. Abang aku jenis tertib gila, kakak ipar aku ni jenis bedal tak kira apa, kalau jumpa orang tua, mulut dia boleh bercakap tak berhenti.

4 bulan lepas tu diorang kahwin. Kakak ipar aku ni jenis biasa ja orang dia. Pakai baju labuh dengan jeans, tudung shawl, satu jenis tu ja dia lilit. Tak mekap langsung. Aku tak pernah tengok dia tempek bedak. Masa kenduri kahwin memang beza gila muka dia. Seri pengantin kot, cantik sangat, tapi sekali tu ja la.

Itu pun sebab kena paksa dengan kakak dia. Kakak dia malu, terpaksa la ikut kehendak kakak dia. Dia malu sangat nak ambil gambar. Nak pegang abang aku pun dia tergetar-getar. Kalau dia rajin bersembang dengan makcik-makcik, abang aku usik sikit ja terus diam.

Aku tengok bahagia ja diorang. Saudara-mara aku semua suka dekat kakak ipar aku, tapi aku kadang-kadang macam tertarik pada model muslimah tu depan dia, dia macam terasa jugak la. Ye la, kalau sekali pandang macam tak padan. Abang aku hensem dia biasa ja.

Kakak ipar sanggup berhenti kerja jaga mak & nenek. Tahun lepas mak aku sakit. Nenek aku pulak nyanyuk, kakak ipar aku yang kerja sebagai lecturer tu berhenti sebab nak jaga mak dengan nenek aku. Bila abang aku balik, abang aku tolong.

Aku langsung tak tolong, kami dua beradik ja. Aku ni kononnya busy belajar. Kadang-kadang je aku tolong mandikan mak. Satu hari aku balik, nenek tengah lumur kepala dia dengan najis, kakak ipar aku tengah mandikan mak aku.

Dah la mak aku jenis besar, dia mandikan sorang-sorang. Aku nampak muka dia merah, sorang-sorang kot angkat. Lepas dia masuk bilik tengok tok, dia langsung tak marah. Dia mandikan tok pulak. Dia tak nampak aku dah balik.

Masa ni aku dah rasa sebak. Hebat kakak ipar aku ni. Banyak kerja dia sehari suntuk. Bukan senang jaga orang sakit. Malam tu aku nampak abang aku tolong urutkan kaki kakak ipar aku masa dia tengah tidur sambil tengok TV kat bawah.

Abang aku menangis weh. Dia usap pipi kakak ipar aku. Aku nak turun bawah time tu, aku buat-buat tak nampak, aku naik balik atas. Aku pulak dok sedih sorang-sorang kat atas. Kenapa selama ni aku tak nampak? Aku tak patut soalkan pun kenapa abang aku pilih dia.

Mak syurga abang aku, dia kena jaga syurga tu. Kakak ipar aku cantik, tapi abang aku je nampak. Dia tak tayang dia slim kat ig, dia tak gila mekap nak tunjuk dia cantik. Yang penting, dia sayang abang aku seadanya.

Sanggup susah bersama walaupun dia dah ada semua. Langsung tak mengeluh depan abang aku padahal aku nampak weh, susahnya dia nak hadapi semua ni. Selalu aku nampak dia tertidur sambil bagi makan mak dengan nenek aku.

Time makan pun dia kena makan berdiri kadang-kadang, tak ada masa untuk diri sendiri. Aku pernah tanya dia kenapa susah sorang-sorang, ambil la maid. Dia cakap mak aku syurga abang aku, dia kena la jaga syurga abang aku.

Sebab dia, aku akan balik jugak setiap minggu nak tolong dia jaga mak n nenek aku. Sebab dia aku sedar. Patut la mak aku sayang sangat menantu dia ni, memang lain dari yang lain. Point aku, tak payah judge orang based on appearance je.

Nampak ja kakak ipar aku ni rock, but she really yang terbaik untuk abang aku. Yang cantik rupa mudah nak cari, yang cantik hati susah nak jumpa.

BACA:
Farid Kamil dan isteri dikecam, gara-gara makan mi kari dekat premis yang diragui
Gara-gara orang bandar, nyamuk aedes pun boleh kena denggi
Sekumpulan wanita buat perangai, selamba bawa makanan dari rumah ‘picnic’ dalam pusat beli belah