“Aku pelik lepas dia bersalin anak pertama, macam kahwin dengan orang gila, ada satu bilik dalam rumah aku penuh dengan lukisan yang berunsur ‘dark’”.
Isteri aku ada masalah mentaI.. tapi bukan giIa. Aku pun sebenarnya taktahu kondisi dia apa. Takpelah, aku cerita, mungkin ada yang tahu isteri aku ni sebenarnya ada masalah apa. Pertama sekali, isteri aku ni datang dari keluarga yang bermasalah.
Ibu dia ‘kupu – kupu’ malam. Ayah dia kerap pukuI dia masa kecil. Kemudian kahwin dengan isteri baru pastu tinggal dia macam tu je. Jadi, dia mula bekerja start umur 13 sambil sekolah menengah secara haram. Haram sebab kalau ikutkan betul-betul umur 16 baru legal kerja.
Aku kenal dengan isteri semasa dia umur 20 tahun, aku 25 tahun. Kami kahwin lepas 6 bulan berkenalan. Aku sebenarnya niat nak tunggu lagi. Tapi disebabkan kami belum halal, aku tak boleh nak Iindungi dia yang seorang diri. Sebab tu aku pilih untuk cepatkan pernikahan.
Lepas sebulan nikah, isteri pregnant. Dia terpaksa berhenti kerja dan duduk di rumah. Dia memang jadi isteri yang baik. Sampai air basuh tangan pun dia hidang walaupun aku tak suruh. Segalanya okay, perfect. Tapi, aku perasan banyak sangat lukisan, kertas yang dah dironyok dalam tong sampah.
Kat dinding bilik tetamu penuh dia tampalan lukisan yang aku tak sangka dia pandai melukis. Tapi.. semuanya macam ‘dark’. Ada satu lukisan tu perempuan kecil tengah menangis. Satu lagi tu perempuan kecil tengah duduk kat atas curam yang tersangat tinggi, di bawahnya ada tangan – tangan hitam sedang cuba menarik.
Ada lagi yang perempuan tengah lemas dalam laut, sedang cuba untuk keluar ke permukaan. Dan beratus lagi lukisan yang seakan macam tu. Pada awalnya aku tak fikir apa-apa. Aku cuma ingat isteri aku ni suka melukis. Tu jela, aku nampak masa lepas bersalin.
Dia tak nak mak aku jaga dia masa pantang. Mak dia memang dah lama tak contact. Nak bayar orang jaga kat rumah, dia pulak taknak. Betul – betul berkeras nak pantang sendirian. Aku ni kerja pukuI 7 pagi sampai 11 malam, cari duit lebih demi anak isteri kan.. jadi memang tak selalu ada kat rumah waktu tu.
So isteri yang buat segala benda dari mandikan anak, sediakan makanan sendiri, buat kerja rumah dan lain – lain. (Masa ni dah suruh dia rehat, jahitan dia kat bawah tu banyak, tapi dia kata boleh buat). Aku pun anggap benda tak apa-apa yang terjadi la.
Sampai lah ada satu hari ni aku cuti. Anak aku menangis tanpa henti. Biasalah babykan memang kuat menangis. Tiba – tiba isteri aku ambil pisau. Terkejut beruk aku. Aku pujuk slow – slow tak jalan. Aku terpaksa berkasar sikit demi nak mendapatkan pisau tu.
Masa tu tiba – tiba ada keluar darah dari kain dia, menggelabah aku angkut pergi hospitaI. Rupanya jahitan banyak terbukak. Allah.. Masa ni aku betul-betul angin masa tu. Aku kemas barang dia pergi rumah mak aku, mintak mak aku jagakan sampai dia betul – betul sembuh.
Tapi lepas 3 hari dia kemas balik barang dia naik teksi balik rumah. Aku tanya kenapa buat dia pergi macam tu je? Dia jawab sebab dia takut kena marah. Takut kena marah yang rumah tak kemas dan dia tak buat kerja. Dia asyik ulang banyak kali perkataan ‘takut’.
Takde siapa pun yang marah dia. Aku boleh je kalau nak hantar baju pegi dobi atau basuh sendiri, tapi siapa yang marah dia??? Sampai sekarang aku tak tahu. Kami ada anak umur 6 tahun, 4 tahun, dan 8 bulan. Setiap bersalin mesti dia akan paksa diri nak uruskan.
Setiap kali pantang dia akan ulang perkataan ‘takut’ orang marah yang dia tak buat kerja asyik rehat. Aku dah macam pelik dah tapi cuba relax kan diri.. siapa yang marah dia? Ayah dia ke? Hmm. Lagi – lagi dengan keadaan dia tak boleh tidur malam.
Start kahwin sampai sekarang dia tak pernah tidur sebelum subuh. Kalau dia terlelap sebelum subuh, dia akan mimpi ada ayah dia pukuI dia, hentak kepala dia, dia meracau – racau takut. Pada awal nya aku buat tak tau je.
Tapi sekarang ni aku mula rasa yang dia ada satu trauma masa kecil yang dia tak boleh nak buang. Aku sendiri tak tahu nak tolong macam mana. Kalau aku bawa dia pergi hospitaI, aku risau doktor cakap aku pula yang giIa.
Oh ya, disebabkan dia tak boleh tidur malam, kalau besoknya ada urusan yang kena pergi pagi, dia paksa diri dia untuk pergi jugak. Dan bila dia tak cukup tidur, perangai dia dari sopan santun, baik hati, lemah lembut hilang, terus bertukar 360 darjah macam orang tak siuman.
Pisau tu dia toreh – toreh kat tangan.. menangis.. sambil ulang yang takda siapa sayangkan dia.. takda siapa nakkan dia.. dia rasa sorang- sorang. Padahal setiap kali benda tu berlaku, takde angin bergoncang pun.. takde bergduh ke apa pun.
Disebabkan benda ni dah lama aku hadap. Aku ada sikit memperbaharui cara untuk handle dia. Prinsip aku, bila dia fikir dia tak layak jadi seorang ibu atau isteri, then minta cerai atau lepas, aku akan fikir benda lain. Aku takkan ucap langsung perkataan tu kat depan dia.
Walau macam mana pun, dia isteri aku. Aku sayang dan takkan lepaskan dia selagi aku masih hidup. Setiap kali dia tak cukup tidur, aku akan elakkan dia dari nampak pisau. Dan terus dodoikan dia sampai tertidur. Walaupun aku dah lambat nak pergi kerja.
Masa aku takde, aku pantau rumah melalui cctv. Banyak kali aku nampak isteri kurung diri dalam almari masa baby tak berhenti menangis. Lepas 10 minit dia akan keluar balik dalam keadaan tenang. Oh ya, dia ada hyperventiliation.
Banyak kali jadi, memang kerap bila panic datang, dia hembus guna plastik. Kalau tak dapat kawal diri dia, jari – jemari dia akan jadi bengkok.. keras dan sejuk.. aku risau patah je. siapa yang pernah tengok tu tahu la macam mana.
Lukisan – lukisan dia dalam masa 7 tahun ni dah boleh penuh satu bilik. Aku biarkan je asalkan dia bahagia. Tiap kali trauma tu datang, aku akan jaga isteri macam anak kecil. Yang perlu dibelai, perlu didodoikan, perlu dipeIuk, ucap perkataan sayang banyak kali tanpa henti sampai dia tertidur.
Waktu dia normal, semuanya okay. Rumah kemas dengan bersih, makanan sentiasa ada, solat cukup, mengaji, ajar anak – anak pelajaran. Tapi, walaupun aku dah dapat cara untuk handle, jauh di sudut hati aku. Aku tertanya tanya, betul kah cara aku ni?
Ada ke yang aku silap? Aku ingin jugak isteri aku dapat tidur normal macam biasa. Aku sebenarnya tak tahu kondisi apa yang ada kat isteri aku. Nak kata tertekan pun ada, nak kata trauma pun ada, nak kata insomnia pun macam ada.. nak kata split personality pun ada.
Aku taktahu nak refer pada siapa. Nanti orang kata aku pulak yang giIa. Lagipun aku tak pernah bercerita pasal ni dekat sesiapa pun walaupun mak ayah aku sendiri. Lagipun bila dengan diorang, isteri aku ni normal.. hmm..
Walaupun banyak kali isteri nak cederakan diri dia, setakat ni tak pernah dia cederakan aku atau anak – anak. Dia macam ada satu dendam pada diri dia yang aku pun tak tahu apa benda. Aku tahu banyak lagi yang dia tak cerita pada aku pasal trauma dia masa kecil.