Aku ada pengalaman kenal dengan seorang wanita (bekas awek) yang cantik di mata aku dan cantik di mata semua orang tetapi sangatlah pemalas dan pengotor! Sama kisahnya macam gadis itu yang awek tu cerita.
Selepas setahun awek aku duduk di rumah sewa itu, salah seorang kawan serumah dia jumpa aku berhadapan kerana aku selalu jemput awek aku depan rumah. Waktu awek aku tengah bersiap waktu itu, dia datang jumpa aku di luar rumah.
Dia mengatakan awek aku ini pengotor. Dia suruh aku tegur sikap awek aku supaya berubah dan kalau tidak, dalam masa sebulan harus keluar dari rumah itu. Aku kurang percaya sebab aku tengok awek aku cantik, wangi, dan bergaya.
Tetapi dalam hati, rasa nak selidik sendiri betul ke apa yang diceritakan oleh kawan serumah awek aku itu. Dan ternyata memang benar, dia sangatlah pemalas dan pengotor! Aku saja datang meninjau pergi ke rumah ibunya yang waktu itu memang dia ada di kampung.
Aku sampai tengah hari jam 1.40 petang dan dia masih tidur. Ibu bapanya pergi ke kenduri kahwin waktu itu. Aku mengintai di tingkap dapur dalam penuh dengan pinggan yang tidak dicuci. Baju bersepah di dapur yang masih tidak dicuci.
Aku mengetuk pintu lalu awek aku terus bangun, aku nampak dari tingkap ruang tamu dia kelam kabut mengutip cawan yang penuh atas meja, di depan tv. Waktu itu baru dia nak menyapu, nak menyental lantai, nak kemas rumah. Belum masuk dalam rumah lagi sudah bau busuk kucing harum satu rumah.
Lebih kurang 1 jam juga aku tunggu di depan rumah, tanpa memberitahu dia aku pun terus pergi. Lepas pergi dari kampung itu, aku terus ke rumah sewa dia jumpa kawan dia yang jumpa aku itu hari. Ada 2 orang waktu itu, mereka menunggu di luar rumah lalu suruh aku masuk rumah melihat sendiri bagaimana rumah sewa ditinggalkan sebelum dia balik kampung.
Sungguh mengejutkan aku melihatnya. Belum masuk ke dapur lagi sudah banyak lalat terbang di dapur. Pinggan piring mangkuk penuh dalam singki, kuali yang dia lepas masak masih ada dalam singki, ada 3 biji cawan di atas meja makan, selepas minum air milo tidak dicuci air milo dalam itu sudah basi, baju-baju kotor dia longgokkan di tepi washing machine, bersepah bau masam semuanya ada.
Barang-barang masak dia tidak ditutup seperti sos cili kicap tidak ditutup semut pun masuk dalam itu, cili giling dalam bungkus tidak ditutup. Selama ini barang-barang itu ke yang dia guna masak untuk aku? Kadang-kadang dia bagi aku nasi goreng yang dia masak. Sedih sebab dia tidak jaga kebersihan, jijik pun ada.
Aku ingin dia berjimat supaya dia masak bawa bekal pergi kerja. Aku beli barang-barang masak untuk dia, aku beli rak untuk dia susun barang-barang masaknya. Ketika aku datang melihatnya, rak itu tidak sampai sebulan lagi aku beli tapi sudah kotor kerana tumpahan dari sos cili kicap yang dia tidak lap. Semut-semut banyak sudah ada di situ. Dia jarang masak.
Aku sanggup bangun awal supaya dia terjaga kerana nak dia masak bawa bekal pergi kerja tapi ketika aku telefon dia, dia kata dia malas nak masak tidak larat. Tetapi sekali masak, semua terjatuh di dapur semut semua masuk dalam botol. Pembaziran semua yang aku beli.
Di dalam tandas ada tuala wanita bergulung tetapi belum dicuci, dia hanya letak di atas flush tandas, dia tidak buang. Sungguh mengejutkan aku melihatnya. Kawan-kawan serumahnya mengatakan itu semua adalah milik dia yang sudah biasa dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membuangnya. Allah.. apa salah aku dapat awek macam ini.
Lepas itu sebelum dia balik kampung itu, ada kawan serumahnya memberitahu aku ada baju dia yang hilang. Ketika dia di kampung itu, kawan serumahnya meminta maaf kepada aku kerana membuka pintu bilik sewa awek aku tanpa izin dia.
Lepas itu kawan serumahnya itu menunjukkan gambar bilik awek aku ini yang benar-benar ada baju dia yang hilang itu dalam bilik awek aku. Yang aku lebih terkejut aku melihat biliknya nauzubillah sudah seperti stor penyimpanan sampah dalam biliknya.
Tisu yang dia lap hingus dia, aku rasa sebab dia sering bersin berselerak di dalam biliknya. Cawan berbiji-biji dalam bilik tidak dicuci, stokin yang sudah dipakai kotor hitam-hitam berselerak di dalam bilik, seluar dalam baju dalam dia aku tidak pasti dia sudah pakai atau belum pun sama juga berselerak di dalam biliknya. Aku melihatnya pun sudah merasa nak pitam.
Bagaimana bila sudah kahwin dengan aku nanti jika begini gayanya. Mau bergaduh hari-hari kerana pemalas begini. Takkan semua kerja nak kena tegur baru nak buat. Belum masuk bab memasak lagi, sampai barang-barang yang aku beli habis tempoh guna dia tidak gunakan.
Yang dia tahu hanya makanan mewah-mewah di tempat kerja. Apabila aku tidak beri duit dia, dia kata aku kedekut. Apabila aku tanya kawan-kawan serumahnya, semua mengatakan memang sudah lama sikapnya begini sejak dia datang awal lagi.
Maksudnya sudah setahun dia tidak berubah walaupun kawan-kawan semua sudah tegur tapi begitu menjadi-jadi beginilah cobaan kesabaran orang. Aku tidak ambil gambar-gambar yang kawan-kawan dia berikan aku lihat itu. Aku hanya menasihatinya dari masa dia duduk kampung itu hari yang dia bangun lewat dan dia tidak membantu ibunya membersihkan rumah.
Aku menasihatinya, tidak kira lelaki atau perempuan tidak baik jika menjadi pemalas. Bangun awal siapkan kerja semua baru boleh tidur balik, selepas makan selepas minum langsung cuci, jangan simpan nanti sudah banyak jadi malas nak cuci tapi dia marah bila aku nasihat.
Dia kata kalau sayang aku, aku kena terima sikapnya, sudah sejak dulu begini katanya. Dah kahwin nanti, upahlah pembantu, suruhlah pembantu yang buat. Dia penat kerja, ada masa rehat. Dia kata begitu padaku.
Aku balas padanya yang orang lain pun bekerja juga tapi tidak sampai tidak buat kerja rumah langsung. Sementara ini belum kahwin lagi ini baju-baju sendiri, barang-barang sendiri pun sudah berselerak di dapur, bau masam, macam-macam bau ada bagaimana nanti sudah kahwin.
Dia kata pada aku jika sudah berselerak bukan dicuci lagi dia nak aku (suami), yang tolong basuh. Aku rasa jika dia tidak berubah, aku sendiri yang akan melakukannya nanti. Di dalam kereta aku, kasut-kasut dia, dia sumbat dalam kereta aku.
Penuh pasir dia tidak ketuk dahulu sebelum simpan. Apabila aku yang ketuk-ketukkan dia kata aku cerewet. Selepas makan apa-apa di dalam kereta dia biarkan plastik, tisu-tisu di dalam kereta, makan bersepah di dalam kereta. Apabila aku tegur dia marah, dia selalu kata aku cerewet.
Aku bukan cerewet tetapi penat dia yang membuat aku yang kena kemas. Bukan sekali dua tetapi berpuluh kali. Yang aku tidak suka tingkah lakunya apabila dia cuba kasut di mall, balik mall mesti bergaduh. Satu-satu kasut dia ambil, dia cuba tetapi selepas cuba, dia biarkan semua di atas lantai tidak susun balik.
Apabila aku tegur, dia marah. Selepas itu dia kata jika nampak susunkanlah. Dia suruh aku susun. Dari situ pun aku tahu sudah perangainya. Lepas itu menyuruh orang seperti orang suruhan dia. Apabila kawan-kawan serumahnya tegur dia suruh dia cuci pinggan-pinggan dia dalam singki itu dia terasa.
Dia pernah cerita pada aku yang kawan-kawan serumahnya over nak suruh dia kemas dapur seolah-olah dia diperbudak sekarang baru aku faham siapa yang salah siapa yang betul. Lepas berapa bulan yang aku tahu perangai sebenarnya dia aku berbincang dengan dia perlahan-lahan, aku mahu dia berubah.
Jika sudah kahwin, tentu kerja rumah harus dilakukan bersama-sama, bersama-sama bantu tetapi aku melihat pemalas dan pengotor dia itu sudah menjadi kebiasaannya. Tidak boleh menerima teguran. Dia pernah kata pada aku yang ramai lagi yang mahukan dia kerana dia cantik. Ya, memang cantik untuk orang yang belum kenal dia.
Selepas itu aku terus meminta putus dengannya kerana sikapnya yang sombong dan tidak dapat menerima teguran orang. Dia kata dia ada paras rupa. Aku pun ada rupa. Jika hendak dibandingkan aku dengan dia jauh bezanya. Dia tidak memiliki apa-apa tetapi sombongnya tidak dapat dibicarakan.
Dia pergi kerja aku berikan dia pakai kereta aku. Aku ada 3 kereta dia mahu tukar-tukar kereta bawa pergi kerja, aku bagi. Aku memanjakan dia, apa yang dia hendak aku turutkan semuanya. Sewa bilik dia, makan minum dia, semua aku yang bayarkan.
Duit dia satu sen pun tidak pernah aku gunakan. Aku tidak meminta lebih darinya aku hanya mahu dia ubah sikap pemalasnya itu dan terima teguran orang jangan cepat marah. Tetapi dia tidak dapat menerimanya. Dia kata jika aku tinggalkan dia ada lagi orang yang mahukan dia.
Dia hanya bergantung pada kecantikannya saja yang dia boleh dapatkan segalanya tetapi sikap pemalas dan pengotor dia diabaikan. Dia menganggap semua itu perkara kecil bagi dia tetapi besar bagi aku kerana aku orang yang menjaga kebersihan.
Ingatlah kepada perempuan atau lelaki di luar sana, tolonglah jaga kebersihan. Cantik bagaimana pun jika tidak menjaga kebersihan tetap akan ditinggalkan. Jika ada yang menginginkan dia, mungkin sikapnya juga begitu. Jika sikap sama-sama begitu, lebih bahagia. Aku sapu stokin dia, dia sapu stokin aku, baru serasi. Demikianlah.