Alami sakit dan batuk berdarah, doktor terkejut lihat paru-paru lelaki ini, ditumbuhi anak pokok setinggi 5cm.
Seorang lelaki yang dikatakan mempunyai barah pada bahagian paru-paru berdepan dengan kejadian yang lebih aneh daripada sekadar menghidap penyakit tersebut.
Artyom Sidorkin mempunyai simptom mengalami barah pada paru-paru kerana sering berasa sakit pada bahagian tersebut selain batuk berdarah.
Bagaimanapun doktor terkejut kerana menemukan anak pokok setinggi 5cm sedang tumbuh pada bahagian paru-paru lelaki berusia 28 tahun tersebut.
DailyMail melaporkan kelaki Rusia tersebut bagaimanapun selamat menjalani pembedahan membuang pokok dalam paru-parunya.
Peristiwa aneh itu berlaku pada tahun 2009.
Menurut pakar, pokok tersebut mungkin mampu tumbuh di dalam paru-paru lelaki tersebut selepas dia tersedut anak benih yang sedang bertebaran.
Sidorkin pula mengaku lega kerana selepas pokok tersebut berjaya dibuang, dia sekurang-kurangnya tahu tidak menghidap barah.