Anak Afdlin Syauki dedah jadi mangsa gangguan seksual, berlaku dekat kediaman sendiri masa berumur 6 tahun

Anak Afdlin Syauki dedah jadi mangsa gangguan seksual, berlaku dekat kediaman sendiri masa berumur 6 tahun.

Pelakon, Mia Sara Shauki mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual seawal usianya enam tahun dan kejadian tersebut berlaku di kediamannya sendiri.

Katanya, individu yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut adalah individu yang seharusnya menjaga dia pada ketika itu.

“Gangguan seksual pernah terjadi di rumah saya sendiri ketika saya berusia enam tahun oleh seseorang yang sepatutnya menjaga saya.

“Saya rasa sangat sunyi ketika itu tapi semuanya akan baik-baik saja. Ia adalah menyakitkan dan sukar tetapi hidup adalah lebih daripada apa yang orang lain telah lakukan kepada kita,” katanya.

Menerusi perkongsian di IG miliknya, aktres tersebut juga mendedahkan pernah menjadi mangsa gangguan seksual sebanyak tiga kali ketika menjalani penggambaran bersama beberapa syarikat produksi.

Anak Afdlin Syauki dedah jadi mangsa gangguan seksual, berlaku dekat kediaman sendiri masa berumur 6 tahun

Anak kepada Datuk Afdlin Shauki itu juga memuat naik bukti perbualan mesej bersama individu tersebut yang seakan sudah jatuh hati terhadapnya.

Mia menerusi projek baharunya, dia membawakan watak mangsa gangguan seksual sekali gus menggamit kembali peristiwa pahit yang pernah berlaku kepadanya.

“Ada beberapa masa saya broke down di set penggambaran sebab banyak babak yang kami lakonkan adalah perkara yang pernah saya lalui sebelum ini.

“Masa skrip reading juga kami terpaksa stop dalam beberapa episodes sebab topik ini sangat berat.

“Dipendekkan cerita, di produksi yang lain beberapa tahun lalu saya melalui peristiwa yang membuatkan saya rasa tak selesa oleh seseorang yang lebih berkuasa.

Anak Afdlin Syauki dedah jadi mangsa gangguan seksual, berlaku dekat kediaman sendiri masa berumur 6 tahun

“Mereka terlalu menyayangi saya (mereka sudah berkahwin) dan pada akhirnya saya terpaksa melalui terapi selama setahun dengan tanda-tanda PTSD.

“Saya rasa pernah menerima gangguan seksual sebanyak tiga kali daripada tujuh syarikat produksi yang saya pernah bekerjasama.

“Pada saya, pengalaman ngeri itu sangat banyak lebih-lebih lagi untuk artis baru seperti saya. Masih ada orang buat lawak lucah pasal saya, depan saya,” katanya.

BACA:
Caprice perli Cyber Trooper Ebit Lew, boleh belajar dengan designer miliknya buat poster
Pesakit tahan sakit perut selama 2 tahun, doktor terkejut lepas buat pembedahan, jumpa 60 jenis barang rumah
Mykid yang dikeluarkan kepada kanak-kanak 12 tahun kebawah bukan dokumen yang wajib diperlukan – JPN