Anak sakit gigi lepas dilempang guru, terpaksa dirawat pakar psikiatri akibat trauma dan takut dengan benda yang berlaku.
Sejak semalam, tular sebuah perkongsian daripada seorang ibu di laman Facebook mengenai anak perempuannya berusia 10 tahun trauma kerana dipukul oleh seorang guru.
Ibu mangsa dikenali Puan Amy Syaquena berkata, dirinya tidak kisah sekiranya para pendidik mempunyai sifat garang dalam mendidik anak murid. Malah, dirinya sentiasa positif meskipun anak ada mengadu mempunyai guru garang.
Bagaimanapun, hati seorang ibu tergerak apabila melihat anaknya menangis teresak-esak dengan muka merah ketika memasuki ke dalam kereta dan mendedahkan dirinya ‘dilempang’ guru sehingga sakit gigi.
Bawa anak jumpa pakar psikiatri
Susulan itu, Puan Amy Syaquena membawa anaknya mendapatkan rawatan dengan berjumpa pakar psikiatri bagi memulihkan trauma selain meluahkan rasa syukur kerana ada guru berhati mulia sudi membantu mereka sekeluarga.
Puan Amy Syaquena berkata, dirinya tidak mempunyai niat untuk mendedahkan aib, sekalipun lemah dan tidak sanggup melihat anak dimarahi guru di sekolah.
“Dah agak bila share pasal guru pasti ada yang tak puas hati, cakap kita ni paranoid sangat. Duli, cikgu bantai takde pun mak pak pergi serang. Elok je jadi orang. Manjakan anak sangat, tak boleh jentik sikitlah.
“Maaf ya! Saya tak ada pukul rata semua cikgu begitu. Dulu pun suami saya cakap benda yang sama juga, sebab itulah kami tidak membuat laporan polis.
“Tapi kesudahannya bertahun saya kena hadap untuk pulihkan emosi anak. Trauma dengan cikgu. Dekat rumah, bukan main bersemangat nak pergi sekolah. Tapi, bila sampai sekolah, menggigil ketakuran, kaki tangan sejuk sampai nak pitam,”luahnya.
Tukar sekolah, ulang alik jumpa pakar psikiatri
Disebabkan insiden tersebut, Puan Amy Syaquena membuat pertukaran sekolah anaknya dari sekolah swasta di Kelantan ke sekolah kerajaan di Ipoh sehingga terpaksa berjauhan dengan suami.
Dikesempatan itu, dia berterima kasih kepada beberapa guru yang banyak membantunya di sepanjang proses pemulihan anaknya terutama berkongsi video dan gambar-gambar anaknya melakukan aktiviti di sekolah.
Puan Amy Syaquena juga meluahkan rasa syukur dan segala keperitan dan susah payahnya berbaloi apabila melihat perubahan positif daripa anaknya.
Alhamdulillah, dah pulih dari trauma
Melihat kepada perkembangan positif anaknya, si ibu meluahkan rasa syukur apabila doktor yang merawat anaknya menyatakan zuriatnya sudah pulih dari trauma dan tidak perlu lagi menerima rawatan.
Katanya, ia semua berlaku dengan berkat dengan kesabaran serta bantuan semua pihak dan seterusnya membawa anaknya pulang semula bersekolah di Kelantan.
Akan tetapi, emosi anaknya kembali terganggu apabila mempunyai guru yang garang sehingga terpaksa mendapatkan semula rawatan bagi memulihkan trauma yang dihadapinya.
“Tapi April 2023, bila tukar sekolah ke Kelantan semula, Aisya berdepan dengan cikgu garang. Start kacau emosi dia. Dari lihat cikgu pukul pelajar lain sehingga la diri dia kena sama.
“Lepas kejadian haritu. Klinik buat surat refer hospital. Dan bulan depan bermula la perjalanan Aisya ke hospital semula.
“Sebelum ini saya masih boleh bertolak ansur tapi tidak kali ini. Sampai bila saya harus hadap semua ni. Orang tak berada di tempat saya, boleh cakap macam-macam. Nak pulihkan trauma budak bukan ambil masa sehari dua. Bertahun tau. Silap-silap hari bulan boleh mental budak,”luahnya.