Arab Saudi dilanda fenomena yang jarang berlaku, gunung memutih sebab salji.
Dalam satu perubahan cuaca yang kurang kerap berlaku, kawasan pergunungan Tabuk di barat laut Arab Saudi telah diselubungi salji, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Gulf News kelmarin.
Seorang jurugambar, Fahd Al Masoudi, telah merakamkan pemandangan menakjubkan ini pada Selasa yang lepas. Beliau menggambarkan pemandangan di kawasan pergunungan tersebut sebagai sesuatu yang menenangkan jiwa dan mata, serta membawa kegembiraan kepada penduduk tempatan dan peminat fotografi.
Kejadian salji di Tabuk berlaku semasa musim sejuk, dan banyak penduduk tempatan dapat menyaksikan fenomena langka ini.
Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi sebelum ini meramalkan potensi ribut petir yang mungkin membawa hujan lebat, angin kencang, dan hujan batu melanda pelbagai wilayah termasuk Tabuk, Madinah, dan sebahagian kota suci Mekah.
Laporan meteorologi juga meramalkan penurunan suhu yang ketara di kebanyakan tempat di seluruh negara tersebut.