Asal usul pos laju yang pertama di dunia, bermula pada tahun 1200 M

Pada zaman moden ini, kita dikelilingi dengan pelbagai syarikat kurier seperti Pos Laju, J&T, NinjaVan dan banyak lagi. Ada yang menawarkan penghantaran pantas, ada juga yang mengambil masa yang lama. Namun, tahukah anda bahawa Genghis Khan, penakluk Mongol yang terkenal, sebenarnya adalah orang pertama yang mencipta sistem pos antarabangsa di dunia?

Sekitar tahun 1200 M, Genghis Khan telah mewujudkan sistem perkhidmatan pos dan pejabat pos yang dikenali sebagai Örtöö (atau Yam) di seluruh empayar Mongolnya. Sistem ini kemudian diperluaskan pada zaman Ögedei Khan dan mencapai kemuncaknya semasa Dinasti Yuan di bawah pemerintahan Kublai Khan, di mana ia digunakan di seluruh wilayah China. Sistem ini dikawal oleh undang-undang bertulis Mongol yang dikenali sebagai Yassa.

Sama seperti sistem kurier moden, fungsi utama Örtöö adalah untuk menghantar barang dan surat. Selain itu, Örtöö juga menyediakan perkhidmatan kepada pengembara, tentera, dan orang kenamaan dari dalam dan luar empayar Mongol. Sistem ini memainkan peranan penting dalam memudahkan penghantaran ufti dan pergerakan barangan perdagangan merentas sempadan negara.

Asal usul postlaju yang pertama di dunia, bermula pada tahun 1200 M

Pada zaman kegemilangannya, Örtöö memiliki lebih daripada 1400 pejabat pos di seluruh China. Sistem ini menguruskan logistik yang kompleks, melibatkan kira-kira 50,000 ekor kuda, 1400 ekor lembu, 6700 keldai, 400 pedati, 6000 bot, lebih daripada 200 ekor anjing, dan 1150 ekor biri-biri. Setiap pejabat pos berjarak antara 15 hingga 40 batu dan diawasi oleh pegawai yang dipercayai.

Apabila seorang kurier Örtöö tiba di pejabat pos dengan barang-barang yang dihantar, mereka akan diberikan makanan, tempat tinggal, dan kuda tambahan untuk meneruskan perjalanan. Barang-barang itu kemudian diserahkan kepada kurier lain untuk dibawa ke pejabat pos seterusnya. Setiap hari, seorang kurier Örtöö dianggarkan mampu menempuh jarak antara 20 hingga 40 batu (32-64 km). Sebagai pengenalan, setiap kurier diberikan paiza atau loket logam yang melambangkan peranan mereka sebagai pengantar barang Örtöö.

Pada mulanya, sistem Örtöö disediakan secara percuma kepada pedagang. Namun, pada zaman Möngke Khan, sistem ini dibuka kepada orang awam dengan bayaran tertentu. Pengembara terkenal seperti Marco Polo, Giovanni da Pian del Carpine, Odoric of Pordenone, dan William of Rubruck dalam penulisan mereka amat kagum dengan kecekapan dan keorganisasian sistem Örtöö.

Walaupun empayar Mongol runtuh berabad-abad lamanya, legasi sistem Örtöö kekal sebagai bukti kehebatan Genghis Khan dan bangsanya dalam bidang logistik dan komunikasi. Sistem pos antarabangsa moden yang kita gunakan hari ini banyak mengambil inspirasi daripada konsep dan prinsip yang diasaskan oleh Örtöö, menjadikannya pencapaian bersejarah yang amat penting.

BACA:
Sepasang pasangan buat perangai pelik, bakar kamera perangkap had laju guna objek besar berbentuk cincin
Pekerja pembersihan terkejut ketika sedang melakukan tugas, jumpa bag berisi wang dalam rumah pusaka
Lepas lihat semula video ibu Zayn Rayyan sambut harijadi di kubur, netizen mula buat kerja dan jumpa ‘sesuatu’