“Awak akan meninggal dunia sebagai failure” – Pelajar beri komen biadap kena ‘sound’ dengan guru.
Guru tuisyen yang dikenali sebagai Sir Halim turut mempersoal pelajar terbabit adakah berbaloi untuk dia bersikap biadap terhadapnya.
Menjadi seorang guru bukanlah tugas yang mudah, dan mereka harus menghadapi pelbagai karenah dan gelagat pelajar dengan penuh kesabaran. Oleh itu, menjadi seorang guru dianggap sebagai pekerjaan yang mulia kerana mereka memberi ilmu kepada pelajar dengan kesabaran.
Bagaimanapun, pelajar juga perlu menyedari tanggungjawab mereka untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru.
Baru-baru ini, satu insiden tular di media sosial di mana seorang pelajar memberikan komen gurauan yang agak keterlaluan terhadap guru semasa kelas tuisyen online.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @naufnl, komen pelajar itu menyebabkan guru yang dikenali sebagai Sir Halim atau Sir Koala terkejut dan memberhentikan sesi pembelajaran seketika.
Pelajar tersebut memberikan komen yang keterlaluan dengan mengatakan wajah Sir Halim seakan-akan sama dengan pegawai kanan polis yang didakwa melanggar seorang pelajar tingkatan lima sehingga menyebabkan kematian baru-baru ini.
“Sir (Halim), muka Sir macam pegawai yang langgar budak SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) itu,” kata pelajar tersebut.
Sir Halim kemudiannya memberi nasihat kepada pelajar tersebut untuk menghormati guru.
“Apa yang saya nak bagitahu di sini adalah benda yang paling penting tentang hormat. Bagi saya, ‘respect is to be earned, not to be given’.
“Kita ada ramai pelajar yang bersama dengan kita, saya jenis yang tak takut sebut nama pelajar. Saya takut nanti bila saya sebut nama awak, awak malu.
“Nanti bila awak malu, awak akan tertekan dan tak akan belajar. Lepas itu, awak akan menghadapi kegelisahan dan pada akhirnya, awak akan gagal,” kata Sir Halim.
Sir Halim turut mempersoal pelajar terbabit sama ada berbaloi atau tidak untuk bersikap biadap terhadapnya.
Banyak netizen yang setuju dengan nasihat yang diberikan oleh Sir Halim, dan mereka juga menyatakan bahawa pelajar tidak sepatutnya melakukan gurauan yang tidak sopan kerana adab dalam menuntut ilmu perlu dijaga.
@naufnl "Respect is to be earned, not to be given" – sir halim/ sir koala #form3 #uasa #kssm #upsa #pt3 #mcplus #plusianfluencer #sirhalim ♬ original sound – naufnl