“Awak nak saya laporkan dekat polis?” – Kanak-kanak autism berumur 11 tahun berani mati pandu kereta milik bapa

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kenderaan milik bapanya seorang diri di bandar Sibu, telah menarik perhatian ramai.

Dalam video berdurasi 30 saat tersebut, individu yang merakam video itu bertanya kepada kanak-kanak berkenaan tentang keberadaan ibu bapanya dan sama ada mereka mengetahui bahawa dia memandu kereta tersebut.

“Awak 11 tahun, ada lesen memandu? Mak ayah awak mana? Kenapa pandu kereta orang? Awak nak saya buat laporan polis? Nanti saya buat laporan polis, saya dah rakam nombor plat,” kata individu itu.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu menjelaskan bahawa kereta tersebut adalah milik bapanya dan meminta individu tersebut tidak membuat laporan polis.

Polis Saman Bapa

"Awak nak saya laporkan dekat polis?" - Kanak-kanak autism berumur 11 tahun berani mati pandu kereta milik bapa

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili mengesahkan bahawa pihaknya telah mengesan video tular itu pada jam 3 petang semalam dan kejadian didapati berlaku di Jalan Kampung Nyabor.

Kanak-kanak tersebut bersama ibu bapanya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sibu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan mendapati bahawa kanak-kanak lelaki itu menghidap autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu.

Ekoran kejadian itu, polis telah mengeluarkan saman terhadap bapa kanak-kanak tersebut atas kecuaian yang menyebabkan anaknya keluar memandu seorang diri tanpa lesen di bandar tersebut.

Lihat video disini
BACA:
“Umur aku 12 tahun aku dah jadi bibik kepada makcik aku sebab aku kurang kemampuan, tak sangka sebegini rupa aku kena masa dengan dorang”
Niat pergi mengaji tak kesampaian, lelaki pusing kampung jual anggota badan isteri lepas ‘kerat’ dalam rumah
Inilah dia pejabat pos paling tua di Malaysia, berumur hampir 100 tahun