Azwan Ali kongsi detik ketika dirawat perawat islam, tahan sakit masa ayat suci Al-Quran dibacakan

Azwan Ali kongsi detik ketika dirawat perawat islam, tahan sakit masa ayat suci Al-Quran dibacakan.

Pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebelum ini mendakwa terkena sihir buatan orang gara-gara mempunyai mulut yang lantang.

Menerusi Twitter, dia memanjatkan rasa syukur dan memaklumkan mendapatkan rawatan akibat sihir tersebut dan kini dalam proses penyembuhan.

Azwan Ali kongsi detik ketika dirawat perawat islam, tahan sakit masa ayat suci Al-Quran dibacakan

Pengacara itu turut memuat naik rakaman pendek memaparkan prosedur ketika rawatan tersebut dilakukan oleh seorang individu dipercayai perawat Islam.

Berdasarkan video itu, Diva AA dilihat menahan sakit tanpa mengeluarkan suara ketika ayat suci dibacakan sambil dadanya ditekan beberapa kali.

Dalam pada itu, rata- rata pengikutnya di media sosial mendoakan kesembuhan pengacara berusia 57 tahun berkenaan dan berharap apa yang berlaku kepadanya cepat berakhir.

BACA:
Ibu yang tidak berperikemanusiaan, selamba beranak dalam lif dan buang bayi dalam tong sampah, siap cuci darah guna tisu
India bakal mencipta sejarah dan mendahului kuasa-kuasa besar, rancang untuk β€˜melawat’ matahari
Penyelidik dedah penyedut air kertas lebih bahaya dan banyak toksik berbanding plastik, minta orang ramai lebih berwaspada