JebatDerhaka

Bahaya cacing parasit, kulit jadi kemerah-merahan dan melepuh, selalu ada dikawasan pasir pantai

Bahaya cacing parasit, kulit jadi kemerah-merahan dan melepuh, selalu ada dikawasan pasir pantai.

Pantai merupakan destinasi rekreasi yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia kerana pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti berkelah, bermain bola tampar pantai, dan menikmati mandi laut sambil menanam kaki dalam pasir.

Walaupun tempat ini sering dianggap sebagai tempat yang selamat, namun, perlu diingat bahawa terdapat bahaya yang boleh menanti pengunjung.

Melalui perkongsian di laman TikTok, seorang pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, iaitu Dr Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee, mendedahkan satu kes pesakit yang mengalami gatal-gatal di badan selepas bermain di pantai.

“Pertama-tama, pesakit itu menganggap gatal-gatal pada kulitnya sebagai perkara biasa, mungkin alergi kepada pasir atau kesilapan dalam pemakanan.

“Namun, keadaan ini semakin teruk sehingga timbul blister atau kulit melepuh. Khawatir dengan masalah yang dihadapi, pesakit tersebut kemudian mencari rawatan,” katanya.

Bahaya cacing parasit, kulit jadi kemerah-merahan dan melepuh, selalu ada dikawasan pasir pantai

Beliau menjelaskan bahawa hasil daripada pemeriksaan, pesakit tersebut didiagnos dengan mengalami cutaneous larva migrans atau CLM.

“CLM ialah jenis jangkitan parasit ular atau cacing yang hanya ditemui di kawasan berpasir atau tanah yang tercemar dengan najis haiwan.

“Secara umumnya, cacing ini berkait rapat dengan kucing atau anjing. Jika anda bersentuhan dengan tempat najis tersebut, cacing ini boleh masuk ke dalam kulit,” katanya.

Dr Qarafi menambah bahawa parasit ini hanya mampu menembusi kulit dan kesannya dapat dilihat pada permukaan kulit.

“Parasit ini hanya akan terdapat di hujung laluan yang diterokainya dan tempat yang biasa terdedah pada pasir atau tanah.

“Walaupun demikian, larva ini boleh mati sendiri dalam tempoh lima hingga enam minggu. Sekiranya tidak mati, rawatan dengan ubat-ubatan yang sesuai boleh diberikan,” katanya.

@qarafitee Orang tua dah pesan supaya pakai kasut nanti cacing masuk. Rupa²nya ada sebab kenapa. 🤫 #drqarafitee #fyp #viral #learnontiktok #cutaneouslarvamigrans ♬ Spooky, Quiet, Scary Atmosphere Piano – Bucyrus Audio
BACA:
Bukan kaleng-kaleng, perkuburan seperti rumah selepas jenazah dikebumikan
Pengantin lelaki meninggal dunia ketika tunggu bakal isteri kira duit hantaran
“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM” – Dr Asyraf Wajdi