Bakal isteri tolak kereta sebagai mahar mas kahwin, apa yang diminta buat satu keluarga terkejut

Bakal isteri tolak kereta sebagai mahar mas kahwin, apa yang diminta buat satu keluarga terkejut.

Menyongsong hari bahagia, setiap pasangan pasti merancang yang terbaik untuk memastikan segalanya berjalan dengan sempurna.

Sebuah kisah pasangan di Lombok, Indonesia, menjadi viral di media sosial ketika pengantin perempuan, Baiq Sri Ratna Wahyuningsih, menarik perhatian dengan tindakannya menolak tawaran kereta dan bersikeras memilih kain kapan sebagai mahar mas kahwinnya.

Kisah Pengantin Perempuan Memilih Kain Kapan Sebagai Mahar Mas Kahwin ini menjadi viral setelah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai It’s Me.

Tidak hanya keluarga pengantin perempuan yang terkejut, malah pengantin lelaki juga tidak percaya hingga mencadangkan tawaran mahar lain seperti kereta, namun dengan tegas, pengantin perempuan tetap menginginkan kain kapan sebagai mahar mas kahwinnya.

Dalam video yang viral, terdengar jelas pengantin lelaki menyebut bahawa mahar perkahwinan termasuklah kain kafan dan wang tunai sejumlah Rp2.58 juta rupiah atau setara dengan RM753.

Bakal isteri tolak kereta sebagai mahar mas kahwin, apa yang diminta buat satu keluarga terkejut

“Saya nikahkan saudara dengan Baiq Sri Ratna Wahyuningsih binti Selamat Harta dengan kain kafan dan mas kahwin sebanyak Rp2.58 juta (RM753) dibayar tunai.

Pengantin perempuan menjelaskan bahawa kereta yang ditawarkan hanyalah kesenangan dunia semata.

“Kenderaan juga ditawarkan kepada saya, tetapi itu hanya duniawi, meskipun kita memerlukannya pada suatu hari nanti.

“Tetapi kain kapan kafan ini mengingatkan kita tentang kematian dan melambangkan ikatan cinta sampai ajal memisahkan kita. Ia juga diperlukan ketika mati, di mana kita hanya membawa kain kapan sahaja.”

Pengantin perempuan menambahkan bahawa niatnya meletakkan kain kafan di dalam bekas terbuka itu adalah untuk mengingatkan tetamu agar sentiasa mengingati kematian selain menjalani kehidupan dengan penuh syukur.

Difahamkan, pemilik video ini, Febriana Dwi Sulastri, mendedahkan bahawa pengantin terbabit adalah ibu saudaranya.

@mommyadsk seperangkat kain kafan,mengingatkan kita pada kematian😑 #lombokviral #fyp #kawinviral #maharkainkafan ♬ suara asli – it's Me – Mommy ADSK 👼
BACA:
Kecoh satu pesawat, kuda dalam kargo kenderaan mengamuk dan terlepas ketika penerbangan
Gara-gara hantaran, wanita tamatkan riwayat hidup dalam bilik hotel
Bercanggah dengan tonggak akidah islam, Terengganu haramkan ajaran Mhd. Mohib Khouli