JebatDerhaka

Bala dan pertolongan sudah sampai, tentera ‘bintang daud’ dijangkiti penyakit parasit lepas keracunan makanan

Akhbar Maariv Israel melaporkan bahawa puluhan tentera Zionis dilaporkan dijangkiti Leishmania atau penyakit parasit di sekitar Semenanjung Gaza, menurut sumber perubatan.

Difahamkan bahawa berpuluh-puluh anggota tentera telah menjalankan ujian makmal di klinik dermatologi di hospital Israel untuk mengesahkan penyakit ini.

Parasit Leishmania menjangkiti manusia melalui gigitan lalat pasir yang kecil, dan setiap gigitan boleh menyebabkan keradangan kulit yang menyakitkan, tidak sembuh dan bertahan selama beberapa minggu.

Yang lebih membimbangkan, ia boleh meninggalkan parut kekal pada kulit jika tidak dirawat dengan cepat.

Sebelum ini, tentera Israel yang berkhidmat di Semenanjung Gaza dilaporkan mengalami demam panas dan cirit-birit akibat keracunan makanan yang disediakan oleh restoran dan individu dari sumber tercemar.

Bala dan pertolongan sudah sampai, tentera 'bintang daud' dijangkiti penyakit parasit lepas keracunan makanan

Difahamkan bahawa penyimpanan, pengangkutan, dan penyediaan makanan yang kurang baik adalah punca peningkatan penyakit gastrousus atau cirit-birit yang teruk dan demam pada suhu tinggi dalam kalangan tentera.

“Cirit-birit merebak dalam kalangan tentera Israel di selatan melibatkan pelbagai kawasan tumpuan, dan selepas itu merebak di kalangan tentera yang terlibat dalam pertempuran di Gaza.

“Kami telah mendiagnosis jangkitan bakteria Shigella yang menyebabkan disentri, penyakit yang sangat berbahaya yang telah merebak di kalangan pejuang di Gaza,” kata Dr. Tal Brosh, Ketua Unit Penyakit Berjangkit di Hospital Universiti Assuta Ashdod.

Selain memberi kesan kepada kesihatan, wabak penyakit ini juga menggangu operasi tentera.

BACA:
Pelawak Hamdan Senario ditidurkan dan diberi oksigen, alami jangkitan kuman dalam darah
“Aku pelik kenapa abang aku pilih dia jadi isteri, satu hari aku balik diam-diam, apa yang aku nampak buat aku menangis”
Jambatan semulajadi paling unik di dunia, ambil masa 30 tahun dan terbentuk daripada akar pokok beringin