Tabiat menabung atau menyimpan wang adalah satu tabiat yang baik dan perlu diamalkan. Walaupun banyak orang suka menabung, tidak ramai yang dapat menjaga disiplin diri untuk tidak mengambil duit simpanan itu untuk kegunaan yang tidak perlu.
Dalam satu video yang viral, seorang pemuda telah menarik perhatian netizen dengan kisah menabung duit syiling ke dalam sebuah tong besar. Apa yang membuatkan ramai terkejut ialah tong besar tersebut penuh dengan duit syiling yang telah dikumpul oleh ayahnya sejak 5 tahun lalu.
Berkongsi video ketika beliau dan keluarganya membuka tong tersebut untuk mengira jumlahnya, orang ramai terperangah seolah-olah tidak percaya melihat banyaknya duit syiling yang terkumpul dalam tong tersebut.
“Buka tabung 5 tahun check. Malam tadi kami selesai buka tabung ayah kami. Bermula dari maghrib hingga pukul 9 baru selesai,” kata pemuda ini.
Setelah mengira sehingga pukul 9 malam, jumlah duit syiling yang terkumpul dalam tong itu, menurut kiraan ahli keluarga, adalah lebih kurang Rp 20 juta (RM 6,050).
Di ruangan komen, netizen rata-rata meluahkan kagum terhadap usaha ayah pemuda ini yang tekun menabung duit syiling sehingga tong besar itu penuh. Ada yang berseloroh bahawa mereka tidak dapat membayangkan jika tiba-tiba terlupa jumlah ketika mengira duit tabungan tersebut.
Beberapa pengguna juga menyatakan bahawa mereka terinspirasi dengan sikap menabung ayah pemuda ini dan berhasrat untuk turut melakukannya di rumah masing-masing.
@kucingdalamakarung yuk kita mulai nabung karena lama lama jadi bukit loohhh 🙈 #xyzbca ♬ LOW LOW REMIX GAMELAN – YT : DJ BORNEO