Seorang lelaki mendakwa bahawa Honda enggan membaiki kenderaan Honda CR-V baru yang baru sahaja dibeli oleh bapanya dan mengeluarkan bunyi bising selepas beberapa minit dibawa keluar dari pusat pameran kereta di Melaka.
Ahmad Shah, lelaki tersebut, berkongsi cerita ini melalui satu perkongsian di Facebook. Pada mulanya, bapanya menganggap bunyi bising itu mungkin disebabkan oleh keadaan jalan yang tidak rata.
“Baru saja membawa keluar dari pusat Honda tersebut, dia terperasan ada bunyi bising yang kuat tapi dia anggap mungkin disebabkan keadaan jalan yang tidak berapa baik,” katanya.
Ahmad mengatakan bahawa bapanya kemudian menyedari bahawa bunyi yang kuat seperti bunyi motosikal datang daripada kereta tersebut.
“Bunyi tersebut hilang apabila kereta berhenti. Ia akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila kereta sedang bergerak saja,” ujarnya.
Bapanya kemudian memutuskan untuk menghantar kereta itu untuk pemeriksaan, namun Ahmad mendakwa pihak cawangan hanya menukar tombol/kunci pintu tanpa membaiki masalah sebenar.
“Mereka hanya menukar tombol/kunci pintu tapi kereta masih mengeluarkan bunyi yang sama,” katanya.
Ahmad berkongsi bahawa kereta itu dihantar untuk pemeriksaan kali kedua di cawangan itu sebelum pengurusnya mengesahkan bahawa terdapat bunyi tidak normal semasa memandu.
“Mereka maklumkan bahawa kereta tersebut akan dihantar ke Pusat Servis Utama iaitu Honda Malaysia. Ini kerana kata mereka cawangan ini tidak dapat membuat apa-apa tanpa pemeriksaan yang lebih teliti dari Honda Malaysia,” katanya.
Selepas beberapa hari, masih tiada khabar berita daripada pihak Honda, menyebabkan bapanya menghubungi pengurus cawangan untuk mendapatkan penjelasan.
“Pengurus itu maklumkan bahawa dia sentiasa cuba mendapatkan maklumbalas dan perkembangan dari Honda Malaysia namun setakat ini masih tidak diketahui apa puncanya.
“Agak pelik kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi usianya namun tempoh jaminan daripada Honda sudah tamat berpuluh tahun.
“Ayah kemudian berhubung dengan Ketua Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia yang memaklumkan kes ini akan dirujuk semula dan diselesaikan oleh pihak cawangan,” ujarnya.
Ahmad mendakwa, rupa-rupanya mengikut laporan yang dibuat oleh pihak atasan, tidak ada keterangan mengenai bunyi aneh itu, tetapi hanya terdapat isu berkaitan dengan tayar.
Yang membingungkan, Ahmad mendakwa pihak Honda menutup kes tersebut tanpa melakukan sebarang siasatan lanjut, menemui jalan buntu.
“Sekarang ayah ada berhubung dengan orang lain dari satu jabatan di sana, dengan nada yang sopan dan baik dia kata dia memahami situasi ayah dan memohon maaf atas kesulitan.
“Sehingga sekarang ayah saya tidak tahu apa yang berlaku dan apa status kereta tersebur kerana masih tiada jalan penyelesaian,” ujarnya.
Sebelum ini, terdapat kisah seorang pemilik Perodua Bezza yang mendakwa keretanya mengalami kerosakan dalam tempoh lapan jam selepas dibeli. Tidak lama kemudian, seorang pemilik Honda HR-V turut tampil berkongsi kisah yang serupa selepas dua minggu digunakan.