JebatDerhaka

Batu penyendal pintu yang digunakan lelaki ini bernilai RM410,000, dapat tahu lepas 30 tahun

Batu penyendal pintu yang digunakan lelaki ini bernilai RM410,000, dapat tahu lepas 30 tahun.

Lelaki yang tidak ingin didedahkan identitinya itu berkata, dia berjumpa dengan Mona Sirbescu, Profesor dan Ahli Geologi di Universiti Central Michigan untuk memeriksa batu tersebut.

“Batu itu adalah batu yang paling berharga yang saya pernah pegang seumur hidup. Berharga dari segi ekonomi dan sains,” katanya memetik dari portal Newsweek.

Difahamkan, pada 1988, lelaki itu membeli tanah pertanian di Edmore, 48 kilometer dari barat daya Mount Pleasant.

30 tahun batu ini digunakan sebagai penyendal pintu.

Batu itu diberikan oleh seorang penjual hartanah yang mendakwa melihat ada meteor jatuh dari langit di tanah itu pada tahun 1930-an.

Batu penyendal pintu yang digunakan lelaki ini bernilai RM410,000, dapat tahu lepas 30 tahun

Beberapa tahun kemudian lelaki itu pindah ke tempat lain dan batu tu masih disimpan. Dia tidak mengetahui bahawa batu itu berharga setelah melihat ada meteor melintas di langit Michigan pada Januari, yang menyebabkan gempa bumi kuat, menurut US Geological Survey.

Ketika menunjukkan batu itu kepada Mona, profesor itu terus mengetahui bahawa batu itu adalah batu istimewa. Setelah diuji, Mona mendapati batu meteor itu mengandungi 88 peratus nikel besi dan 12 peratus nikel yang jarang ditemui di bumi.

BACA:
“Nampak baik rupanya ada sebab” – Anak angkat yang ditatang wanita mandul makan tuan, kantoi ‘buat projek’ dengan suami
Orang ramai kurang senang tengok gelagat Dato Seri Vida, tayang barang kemas penuh dekat lengan
Omelette Thai harga RM13 sebungkus, peniaga tampil pertahan kecaman netizen, siap buat perbandingan dekat kedai lain