Begini caranya ketam bersalin cengkerang, jarang-jarang dapat tengok

Begini caranya ketam bersalin cengkerang, jarang-jarang dapat tengok.

Pernahkah anda melihat ketam melalui proses bersalin cengkerang? Jika belum, mari kita kongsi momen langka ketam laut ini menukarkan cengkerang.

Sebuah video yang menunjukkan detik-detik jarang dilihat ini baru-baru ini dikongsi di Facebook Daily Mail.

Dalam video berdurasi empat minit tersebut, kita dapat menyaksikan proses di mana ketam itu mengeluarkan dirinya dari cengkerang lamanya. Proses ini memakan masa yang agak lama, kerana ketam tersebut dengan perlahan-lahan menolak badannya keluar dari cengkerang yang lama.

Menurut penjelasan dalam video, ketam perlu menjalani proses bersalin cengkerang, serupa dengan manusia yang perlu menukar pakaian apabila badan kita berkembang dan pakaian lama sudah tidak muat.

Begini caranya ketam bersalin cengkerang, jarang-jarang dapat tengok

Proses ini dikenali sebagai molting dalam bahasa Inggeris atau ganti kulit jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Sehari sebelum proses molting, ketam akan menyerap air laut untuk membuat badannya membengkak. Apabila badan ketam sudah membengkak, ia akan memudahkan haiwan laut ini untuk menolak keluar dari cengkerang lamanya.

Difahamkan juga, cengkerang baru ketam akan menjadi lembut pada awalnya, tetapi selepas beberapa hari hingga sebulan, cengkerang tersebut akan mengeras.

BACA:
Doktor bingung ketika melakukan pemeriksaan, jumpa lalat dalam usus lelaki berusia 63 tahun
Keadaan terkini Nas Ahmad, derita sakit jantung dan menjadi asnaf di bandar
Malaysia semakin kehadapan, bakal melancarkan satelit terkecil di dunia buatan sendiri