Bekas tempat menyimpan senjata api bertukar mewah, jadi ‘bunker’ lindung diri dari ‘hari kiamat’.
Sebuah ‘bandar hari kiamat’ di Dakota Selatan kini dibuka untuk tempahan kepada orang ramai yang ingin hidup dalam kubu bawah tanah mewah ketika dunia berada dalam keadaan huru-hara, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun.
Terletak di kawasan pergunungan Black Hills, projek yang dikenali sebagai Vivos ini mampu menempatkan sehingga 10,000 orang dalam 575 bunker.
Bekas tapak pangkalan tentera seluas 28.9 kilometer ini sebelum ini digunakan untuk menyimpan bom dan senjata dari tahun 1942 hingga 1967.
“Pandemik Covid-19, perang di Ukraine, serta risiko Perang Dunia Ketiga yang mungkin berlaku dari Russia hingga ke China dan Asia Barat, telah meningkatkan permintaan untuk memiliki bunker Vivos dengan pesat.
“Kita hidup dalam tempoh masa yang sangat berbahaya. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan untuk mempunyai penyelesaian perlindungan jaminan hayat,” kata Pengarah Eksekutif Vivos, Dante Vicino.
Bunker moden ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti perbandaran, termasuk gimnasium dan pawagam. Unit sewaan dilengkapi dengan perabot asas seperti sofa, meja kopi, dapur, peti sejuk, mesin basuh, dan meja makan.