Berang barang yang dibeli dengan harga RM5000 tak nampak baru, keluarga nekad ‘serang’ premis perabot dan maki pekerja

Berang barang yang dibeli dengan harga RM5000 tak nampak baru, keluarga nekad ‘serang’ premis perabot dan maki pekerja.

Sebuah keluarga bertindak ganas apabila mendakwa ditipu dengan pembelian barangan tidak berkualiti pada Selasa di sebuag premis perabot terkemuka di Selayang, Selangor.

Difahamkan, keluarga terbabit sebelum ini membeli sebuah perabot berharga lebih RM5,000, namun sebaik ia dihantar ke rumah, kondisi barangan itu tidak seperti yang dijanjikan.

Mendakwa ia merupakan barangan contoh (display) dipamerkan di premis terbabit, ia sekali gus mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang hampir menumbuk pemilik kedai berkenaan.

Walau bagaimanapun, situasi itu dikatakan berpunca akibat kecuaian si pembeli yang tidak menyatakan pesanan barangan baharu ketika membuat bayaran.

Berang barang yang dibeli dengan harga RM5000 tak nampak baru, keluarga nekad 'serang' premis perabot dan maki pekerja

Keadaan kian meruncing apabila seorang wanita bertindak menengking beberapa lagi individu pekerja di premis berkenaan.

Menghemburkan kata-kata berupa cacian serta makian, rakaman berdurasi seminit 18 saat itu berakhir dengan tanpa sebarang kecederaan.

Sementara itu, warganet di ruangan komen turut berkongsi pengalaman sama apabila pernah ditipu kedai terbabit.

“Saya pernah juga kena tipu dengan kedai perabot yang sama, masa beli dah buat pesanan tapi bila barang sampai lain yang diterima, ada kesan koyak dan lusuh macam bukan barang baharu,” dakwa Natasya Hanim.

“Kedai ni di Selayang dan agak popular sebab harga boleh dikatakan berpatutan, tetapi mungkin pemilik nak kaut untung lebih sampai jual barangan lama,” dakwa Firas Junior.

“Kena minta balik bayaran ganti rugi, kalau tak boleh buat laporan polis, taktik niaga macam ini tak boleh dibiarkan, ramai lagi akan tertipu,” jelas Muizzudin.

“Dia yang buat salah, ada hati nak rakam orang konon nak tular di laman media, sendiri buat salah kena la berani tanggung,” tambah Aisyyah Zulaikha.

Dalam pada itu, masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung perkara itu setakat ini dengan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan.

@kakzaa70

#fypppppppp #Repost @mynewshub Takkan orng bayar mahal-mahal nak perabut buruk? itu pun nak kena bagitahu? #Repost @mynewsh

♬ Lagu Sedih Menyentuh Hati – Nisera Ate
BACA:
Ibu yang tidak berperikemanusiaan, selamba beranak dalam lif dan buang bayi dalam tong sampah, siap cuci darah guna tisu
Azwan Ali kongsi detik ketika dirawat perawat islam, tahan sakit masa ayat suci Al-Quran dibacakan
Penyelidik dedah penyedut air kertas lebih bahaya dan banyak toksik berbanding plastik, minta orang ramai lebih berwaspada