JebatDerhaka

Berang bayi jiran kerap menangis dan buat bising, pelajar PHD kimia nekad masukkan cecair beracun dalam rumah

Berang bayi jiran kerap menangis dan buat bising, pelajar PHD kimia nekad masukkan cecair beracun dalam rumah.

Tiada angin tiada ribut, sebuah keluarga ini merasa pelik kerana tahap kesihatan mereka tiba-tiba terjejas tanpa diketahui sebab sebenar. Antara kesan yang dialami adalah seperti pening kepala yang lebih teruk daripada migrain, rasa loya, mengantuk, kelesuan, kesukaran bernafas dan juga keguguran rambut.

Kesihatan keluarga Umar merosot selama 1 bulan


Umar Abdullah berusia 36 tahun hanya tinggal bertiga bersama isteri serta anaknya yang berumur 1 tahun. Sepanjang mereka tidak sihat, Umar menyedari dalam kediaman mereka mempunyai bau-bau seperti bahan kimia namun dia tidak dapat pastikan apa, di mana atau dari mana ia datang. Kerana curiga, akhirnya Umar sengaja meletakkan satu kamera khas di celahan pasu bunga menghadap ke pintu rumah mereka.

Jiran tingkat bawah masukkan racun dalam rumah

Berang bayi jiran kerap menangis dan buat bising, pelajar PHD kimia nekad masukkan cecair beracun dalam rumah


Mengejutkan, jiran tingkat bawah yang sudah dikenali selama 1 tahun rupanya datang menyelinap dan menyuntik sesuatu menerusi pintu rumah Umar. Difahamkan, Xuming Li merupakan seorang pelajar PhD dalam jurusan kimia dan kini sedang menuntut di University of South Florida iaitu antara universiti terbaik dalam ranking global.

Pernah ada isu tak puas anak jiran buat bising


Sebelum ini, 2 pihak tersebut memang pernah ‘berseteru’ di mana Xuming merasa kurang senang tentang bunyi bising setelah Umar menimang bayi. Namun Umar tidak sangka jirannya sampai ke tahap sanggup meracuni mereka sekeluarga. Lelaki ini telah melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa dan pasukan hazmat segera datang ke rumah mereka untuk kerja-kerja pembersihan.

Dalam video itu, dapat nampak Xuming tahan nafas…Maknanya dia tahu risiko cecair itu – Umar


Hasil siasatan mendapati Xuming gunakan campuran bahan kimia jenis Metadon (kesan sama seperti morfin) serta Hydrocodone (menyerupai pain killer). Berita melaporkan Xuming telah pun ditangkap dan dihadapkan ke dalam prosiding mahkamah atas 6 pertuduhan. Umar sekeluarga merasa amat trauma dengan kejadian ini hinggakan mereka begitu takut jika terjatuhkan barang atas lantai rumah tanpa sengaja.

@dailymailcrime

NEW: PHD chemistry student 36-year-old Xuming Li was caught injecting a toxic chemical agent under a florida family’s front door. When the couples baby daughter got repeatedly sick & they noticed a smell with no apparent cause after indepth investigation, they set up a camera in the hallway plant pot. They had experienced nausea, vomiting, headaches and breathlessness, on multiple occasions prior to the footage. Li was arrested on a number of felony charges, including posession of a controlled and dangerous substance & burglary. #fyp #crime #truecrime #shocking #cctv #bodycam #caughtoncamera #poison #xumingli #family #crimetok #crimetiktok

♬ original sound – CrimeTok
BACA:
Azwan Ali kongsi detik ketika dirawat perawat islam, tahan sakit masa ayat suci Al-Quran dibacakan
Ibu yang tidak berperikemanusiaan, selamba beranak dalam lif dan buang bayi dalam tong sampah, siap cuci darah guna tisu
Penyelidik dedah penyedut air kertas lebih bahaya dan banyak toksik berbanding plastik, minta orang ramai lebih berwaspada