Berang dengan perbuatan mesra pasangan ini, netizen tag PDRM beramai-ramai dekat komen

Berang dengan perbuatan mesra pasangan ini, netizen tag PDRM beramai-ramai dekat komen.

Aksi seorang pasangan memandu sambil berpelukan telah menimbulkan kemarahan orang ramai setelah video mereka menjadi viral di aplikasi X hari ini.

Dalam video berdurasi 32 saat yang dimuat naik, pasangan tersebut terlihat bermain-main, ingin menunjukkan kebahagiaan dan kemesraan sebagai suami isteri.

Warganet, bagaimanapun, berpendapat bahawa tindakan tidak bertanggungjawab pasangan itu dapat membahayakan pengguna jalan raya lain.

Di ruang komen aplikasi X, pengguna tidak melepaskan peluang untuk ‘tag’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan meminta agar tindakan diambil terhadap pasangan tersebut.

Berang dengan perbuatan mesra pasangan ini, netizen tag PDRM beramai-ramai dekat komen

“Ini melanggar undang-undang! PDRM, tolong ambil tindakan,” kata Edmund.

“Bagaimana mungkin mereka duduk dengan selesa begitu?” kata Adam.

“Walaupun sudah berkahwin, perkara-perkara seperti ini sepatutnya tidak ditunjukkan kepada orang awam. Ini menunjukkan kepentingan memahami ilmu agama,” kata Arman.

Hingga kini, video tersebut telah menerima 596 tanda suka dan 209,000 tontonan.

BACA:
Nasib tidak menyebelahi lelaki ini, tersangkut dalam kon ketika berteduh hujan
Michelle Yeoh buat rakyat Malaysia terkejut, jadi duta jenama Pro Israel
“Isteri benci aku hanya sebab 3 perkara ni, sampai tawar hati dengan aku, tapi bila aku siasat rupanya ada udang dibalik batu”