Berang diperli dan diasak tentang duit bertubi-tubi, pemberi menderita lepas disihir penghutang

Berang diperli dan diasak tentang duit bertubi-tubi, pemberi menderita lepas disihir penghutang.

Hutang adalah sesuatu yang wajib dibayar meskipun tidak dituntut oleh pemberi hutang. Namun malangnya, sesetengah orang yang berhutang memang suka melengah-lengahkan pembayaran semula. Jika benar-benar kesulitan, mungkin boleh difahami lagi. Tapi, bagaimana pula yang selesa upgrade hidup sehingga sengaja melupakan kewajiban ini? Pasti geram dibuatnya.

Boleh tak pulang balik hutang kau 3 bulan lepas?


Itulah cabaran yang dihadapi seorang wanita ini apabila rakannya sendiri begitu liat untuk melangsaikan hutang berjumlah RM2000 sejak beberapa bulan lalu. Mengikut perjanjian yang dibuat, rakan tersebut berkata akan membayar semula apabila menerima gaji kelak. Kini sudah masuk bulan ketiga, janji manisnya sekadar menanam tebu di tepi bibir.

Aku tengok kau naik kereta Honda Ketam baru, ada pula duit…Hutang sikit tak boleh bayar

Berang diperli dan diasak tentang duit bertubi-tubu, pemberi menderita lepas disihir penghutang


Kerana tuan badan sendiri terdesak mahu menggunakan duit, dia terus mengasak rakan tersebut untuk cepat-cepat membayar. Setelah 5 hari berdiam, si polan akhirnya menjawab dengan penuh kasar termasuklah memberikan 1001 alasan untuk berdalin. Lantaran terlampau marah, tuan badan sempat menyindir kemampuan rakannya memiliki kereta baru tanpa mengutamakan dahulu tanggungjawab menyelesaikan hutang.

Kau ni tak reti bahasa ke? Kau ni serabutlah minta hutang macam Ah Long


Akibat desakan bertubi-tubi tersebut, si penghutang mula panas hati sehingga tergamak menghantar sihir kepada tuan badan. Meskipun dari awal cuma mahu menuntut hak sendiri, kehidupan wanita tersebut pula bertukar menderita. Nasibnya kini barat peribahasa Melayu yang berbunyi “susu dibalas tuba”.

BACA:
Berang barang yang dibeli dengan harga RM5000 tak nampak baru, keluarga nekad ‘serang’ premis perabot dan maki pekerja
Iklan tulisan tangan asal untuk Apple-1 Computer yang ditulis oleh Steve Jobs dijual pada harga RM817,000
Berang bayi jiran kerap menangis dan buat bising, pelajar PHD kimia nekad masukkan cecair beracun dalam rumah