Berang ditinggalkan kekasih lepas terlanjur, wanita pergi siam santau ‘ex’ sampai meninggal

Gangguan emosi yang dialami oleh sesetengah individu dapat mendorong mereka untuk mengambil jalan mudah dengan amalan sihir. Bagi mereka, kepuasan diperolehi apabila melihat individu yang ‘dituju’ mengalami penderitaan.

Seorang wanita baru-baru ini mengakui melakukan amalan sihir terhadap bekas kekasihnya setelah dia ingkar janji yang telah disepakati bersama. Pengakuan ini dibuat menerusi hantaran di laman X, di mana wanita tersebut mengakui tindakan tersebut dilakukan kerana rasa marah dan kecewa selepas ditinggalkan.

Masyarakat moden masih melibatkan diri dalam amalan kurafat, seperti yang diceritakan oleh wanita ini. “Aku dah buat dosa besar. Aku hantar sihir dekat lelaki yang tipu aku, kami pernah terlanjur. Dia janji nak kahwin dengan aku, tapi akhirnya dia tinggalkan aku,” ujarnya memulakan ceritanya.

Berang ditinggalkan kekasih lepas terlanjur, wanita pergi siam santau 'ex' sampai meninggal

Dalam kemarahan terhadap bekas kekasihnya, wanita tersebut mengambil keputusan untuk pergi ke Thailand dan mendapatkan khidmat sihir daripada seorang bomoh. Namun, tanpa diduga, amalan sihir tersebut menyebabkan kematian lelaki tersebut baru-baru ini.

“Dia meninggal dunia setelah aku pergi Siam (Thailand) hantar santau… aku speechless,” katanya lagi.

Mendapati perkembangan tersebut, ramai warga maya memberikan nasihat kepada wanita tersebut agar bertaubat dan berjumpa dengan keluarga lelaki terbabit untuk memohon maaf. Mereka juga menyeru kepada wanita itu agar meningkatkan hubungan dengan Allah dan memohon keampunan atas dosa-dosanya.

Sebagai peringatan, Islam menolak amalan sihir dan mengajar umatnya untuk mencari perlindungan daripada Allah SWT terhadap kejahatan sihir. Semoga kita dijauhkan dari amalan sihir, sama ada melibatkan diri dalam amalan tersebut atau menjadi mangsa daripadanya.

BACA:
Imaginasi manusia yang mengubah segalanya, hantu pocong sebenarnya boleh berjalan
Kisah menyayat hati, dari jutawan bertukar menjadi penjual roti tepi jalan
Kalau tengok muka mesti orang tak percaya, pemilik terkejut tengok keadaan bilik sewa macam sarang tikus