JebatDerhaka

Berang komen ‘takleh lawan Nisa AI’ tular di Tiktok, tuan badan terpaksa tampil beri penjelasan dan minta hentikan

Berang komen ‘takleh lawan Nisa AI’ tular di Tiktok, tuan badan terpaksa tampil beri penjelasan dan minta hentikan.

Nisa juga meminta agar para TikTokers yang lain tidak menggunakan trend yang sedang tular itu sebagai salah satu strategi pemasaran untuk menjual produk mereka.

Biasanya, sesuatu yang menjadi trend di media sosial akan menjadi ikutan ramai. Walaupun sebahagian daripada trend tersebut mungkin menghiburkan, namun jika ia diulangi berulang kali oleh ribuan orang, perkara yang pada mulanya lucu atau menghiburkan boleh berubah menjadi sesuatu yang menjengkelkan.

Baru-baru ini, video-video di aplikasi TikTok sering kali dikomen dengan tulisan ‘takleh lawan Nisa AI’, mencipta suasana kurang selesa bagi pengguna media sosial yang lain.

Mengikuti perkembangan itu, Wan Nur Anisa atau lebih dikenali sebagai AI Nisa memberikan penjelasan mengenai trend tersebut melalui video di akaun TikTok miliknya (@nesslow_). Nisa menjelaskan bahawa AI adalah singkatan untuk nama Alieff Irfan, kerana dia merupakan salah satu ‘talent’ kendalian YouTuber tersebut.

Menurut Nisa, trend tersebut bermula apabila seorang pengaruh wanita meniru gaya tarian yang dimuat naik olehnya di TikTok. Walau bagaimanapun, peminatnya memberikan komen yang menyatakan tarian pengaruh wanita tersebut tidak sebaik tarian Nisa.

Berang komen 'takleh lawak Nisa AI' tular di Tiktok, tuan badan terpaksa tampil beri penjelasan dan minta hentikan

Nisa menegaskan bahawa dia tidak menggalakkan peminatnya untuk memberikan komen sedemikian dan menjelaskan bahawa ini mungkin menjadi titik permulaan bagi orang untuk ‘mengejek’ dalam hantaran-hantaran lain.

Lebih jauh, Nisa menyatakan kekecewaannya apabila video yang dianggap sensitif di TikTok juga turut dikomen dengan tulisan yang sama. Komen tersebut tidak hanya datang dari peminatnya, tetapi juga dari individu yang baru mengenali atau tidak mengenali dirinya.

Dalam akhir perkongsian, Nisa memohon agar pengguna media sosial menghentikan komen tersebut, kerana ia bukan sahaja boleh memudaratkan namanya tetapi juga reputasi pasukannya. Dia mengaku kesilapannya dan meminta maaf kepada sesiapa yang pernah memberi teguran kepadanya.

@nesslow_

Harap korang semua faham 🙏🏻❤️

♬ Crolatte – Sped Up – Yunan Helmi
BACA:
Kerana spekulasi orang ramai, pemilik US Pizza tampil perjelas maksud sebenar perkataan ‘US’
Ibu terkilan bayi meninggal ketika dalam perut, terkena jangkitan virus daripada kucing
“Mati-mati ingat sesungut lipas” – Pemuda terkejut jumpa lipan berukuran 60cm dalam rumah