Berbeza dengan tahun 1991, ‘Pintu Ke Neraka’ yang berada di Siberia semakin dalam dan luas

Sebuah kawah besar yang dikenali sebagai ‘Pintu ke Neraka’ di Siberia semakin membesar akibat perubahan iklim, menurut laporan akhbar The New York Post semalam.

Kawah tersebut, yang dinamakan Kawah Batagaika, terletak di Tanah Tinggi Yana dan kini meliputi kawasan seluas 80.93 hektar. Lubang ini juga boleh dilihat menerusi rakaman satelit dari angkasa lepas.

Gambar pertama Kawah Batagaika dirakam pada tahun 1991. Namun, kawah tersebut semakin membesar dan bertambah dalam akibat pemanasan global yang menyebabkan kecairan ais di kawasan tersebut.

Berbeza dengan tahun 1991, 'Pintu Ke Neraka' yang berada di Siberia makin dalam dan luas

Dalam kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal Geomorphology, saintis glasier Alexander Kizyakov dan pasukannya menggunakan data dari tahun 2019 hingga 2023 untuk mencipta paparan 3D tentang kelajuan kecairan ais atau permafrost di kawasan tersebut.

Mereka mendapati Kawah Batagaika mempunyai kedalaman 91.4 meter dan berpotensi menjadi lebih dalam kerana pencairan permafrost hampir mencapai batuan dasar di bahagian bawahnya.

BACA:
Bapa terkejut anak-anak terjamah daging babi, terkilan rider salah hantar makanan tak halal masuk dalam rumah
Tak pasal-pasal viral, pemandu e-hailing selamba main isu 3R ketika bawa pelancong, siap kutuk dan perlekehkan islam
New Delhi alami gelombang haba yang luar biasa, suhu harian cecah 52.3 darjah celcius