Berderau jantung isteri jumpa kondom dalam poket seluar, kantoi segalanya lepas masuk kereta

Tak terkata betapa hancurnya hati seorang isteri setelah mengetahui bahawa lelaki yang dicintainya sepenuh hati terlibat dalam perbuatan yang tidak senonoh di belakangnya.

Suami yang tidak setia

Seorang wanita yang memilih untuk tidak mendedahkan identitinya menceritakan pengalamannya yang pahit apabila suaminya tertangkap basah melakukan perbuatan curang.

Rentastic Register Page

Melalui perkongsian di aplikasi X, wanita tersebut mendedahkan bahawa dia hanya mengetahui tindakan yang menjijikkan ini apabila menjumpai kondom dalam dompet suaminya. Rasa sakit hatinya semakin mendalam apabila mendapati suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang pelajar kolej berusia 21 tahun.

“Allah, kalau nak tunjuk sekejap je. Aku jumpa lanyard ID pelajar budak tu dekat poket belakang seat driver.”

Wanita itu mengakui rasa kecewa kerana pengorbanan dan usahanya sebagai seorang isteri sepanjang ini seolah-olah tidak dihargai, malah dia merasa dikhianati oleh suaminya.

“Selama ini, kehidupan keluarga kami baik-baik saja, bahagia dengan anak-anak dan tiada pertengkaran. Nafkah diberikan tanpa berbelah bahagi. Aku sudah mula berfikir yang bukan-bukan. Apakah kekurangan aku? Aku sudah memberikan segalanya dan melakukan pelbagai perkara untuknya. Entahlah, semua yang sepatutnya aku berikan sebagai seorang isteri sudah aku lakukan. Tetapi beginilah balasannya.”

Melihat ke dalam ruangan komen, netizen memberikan nasihat kepada wanita itu supaya mengumpul bukti sebanyak yang mungkin agar dapat menghadapi suaminya nanti.

BACA:
Suami tak sangka, isteri rupanya pernah termasuk dalam gambar yang sama pada tahun 2016
Ini sebab kenapa wanita Kelantan lebih gemar pilih warga asing sebagai suami
Penceramah terkesima lepas wanita perkenalkan nama, siap tunjuk kad pengenalan sebab tak percaya