Bintang Daud perhabis RM275.36 bilion untuk hancurkan Filastin, masih gagal tewaskan Hamas

Israel telah menghabiskan sebanyak RM275.36 bilion dalam operasi ‘pembantaian’ di Gaza, namun objektif perang mereka masih belum tercapai.

Menurut sumber, kos perang Israel di Gaza kini mencapai hampir RM278.61 bilion, menjadikan misi Zionis ini sebagai perang termahal.

“Apa yang termasuk dalam jumlah ini adalah bajet perang serta pelbagai bantuan kewangan kepada penduduk awam yang mengalami penurunan pendapatan akibat konflik,” kata akhbar tersebut.

Rentastic Register Page

Akhbar itu melaporkan bahawa kira-kira 125,000 penduduk dipindahkan dari utara dan selatan Gaza, yang turut menelan belanja berbilion-bilion.

“Belanjawan negara kini menghadapi defisit sebanyak RM139.30 bilion, yang akan menyebabkan pemotongan bajet dan kenaikan cukai melebihi RM83.58 bilion. Ini akan memberi impak jelas terhadap kualiti hidup dan pengurangan perkhidmatan untuk penduduk Israel secara keseluruhannya,” katanya.

Akhbar harian Israel menyatakan bahawa kebanyakan objektif yang ditetapkan oleh kerajaan Israel dalam perang di Gaza masih belum tercapai, terutama dalam kegagalan mereka untuk menewaskan Hamas dan membebaskan tebusan.

“Satu matlamat lain yang masih sukar dicapai ialah pembunuhan komander paling atas Hamas. Hamas terbukti lebih mahir dalam mengenal pasti dan menangani perangkap letupan, serta mempunyai kebolehan gerak yang lebih efisien untuk mengelakkan serangan mendalam dan memindahkan mangsa cedera,” lapor akhbar tersebut.

BACA:
“Aku jadi takut nak ada mertua lepas dengar luahan mak, lagi aku tak sangka jni yang jadi masa awal aku kahwin”
Bukan biasa-biasa juga Malaysia, ini 6 negara yang pasport paling berkuasa
Pemilik rumah terkilan penyewa tinggalkan bil elektrik tertunggak sebanyak RM20k, sekali ini respon netizen