Bolehkah lelaki bukan mahram pegang rambut wanita yang sudah dipotong? Ini hukum yang ramai tak tahu

Sebagai seorang Muslim, menjaga batas aurat antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah sangat dititikberatkan. Batas aurat melibatkan bukan sahaja sentuhan kulit, malah melibatkan batas-batas aurat yang perlu dipelihara daripada pandangan mata.

Lantas timbul persoalan, bagaimana pula dengan rambut bukan mahram yang sudah dipotong atau gugur dan terpisah daripada anggota badan? Apakah hukumnya jika kita sentuh atau pegang rambut ini?

Rentastic Register Page

Persoalan ini kemudian diajukan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan ulasan bagi menjawab persoalan tersebut. Berikut adalah jawapan yang diberikan:

Soalan:
Assalammualaikum. Saya menyapu kawasan kaki lima di depan kedai gunting muslimah, pada masa sama saya pegang rambut yang gugur dengan sangkaan yang kuat itu rambut wanita. Adakah termasuk saya memegang aurat wanita? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Ringkasan Jawapan:
Rambut wanita ajnabi adalah aurat, sama ada yang masih bersambung dengan anggota mahupun yang terpotong. Oleh itu, aurat bagi rambut wanita yang terpotong itu haram dipegang, ia juga wajib ditanam.

Huraian Jawapan:
Larangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik baginya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).” (Riwayat Al-Thabrani, Mu’jam Al-Kabir)

Menurut Sheikh Zainuddin al-Malibari, keseluruhan anggota wanita ajnabi yang haram dilihat, maka haram pula disentuh tanpa lapik kerana menyentuhnya lebih lazat. Rambut yang terpotong juga dikira aurat yang tidak boleh disentuh oleh lelaki ajnabi.

Oleh yang demikian, aurat yang boleh didedahkan tetap tidak boleh disentuh, termasuk rambut yang terpotong. Anggota yang terpisah juga wajib ditanam.

Wallahu A’lam

BACA:
Kecoh satu kampung, penduduk kecut perut jumpa pocong kecil depan rumah
Wanita berusia 20 tahun ambil masa satu minit rompak kedai emas, semata-mata niat nak balas dendam
Pekerjaan makan tuan, bekas jururias kongsi pengalaman cabut bulu mata jenazah ibu saudara sendiri