Bonda Rozita ditegur Dr Rozaimi, muat naik status di Facebook berkait Nabi Muhammad SAW atas pelbagai perkara

Bonda Rozita ditegur Dr Rozaimi, muat naik status di Facebook berkait Nabi Muhammad SAW atas pelbagai perkara.

Pensyarah bidang hadis, Dr. Rozaimi Ramle menegur usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau mesra dipanggil Bonda Rozita yang didakwa memuat naik status pada Facebook berkait Nabi Muhammad SAW atas pelbagai perkara.

Rozaimi yang juga pendakwah serta Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berkata, memohon pertolongan dan bantuan perlu diminta kepada Allah SWT, bahkan perkara itu pernah dipesan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.

“Saya baru terbaca satu ‘posting’ Bonda Rozita yang menulis, meminta kepada Rasulullah dalam banyak perkara. Bahawasanya dalam adab kita apabila hendak meminta sesuatu perlindungan penjagaan, sebenarnya perlu minta kepada Allah.

“Hal ini kerana yang berkuasa Allah Azzawajalla. Kita menyayangi Nabi Muhammad SAW, mencintai nabi… tapi nabi berpesan kepada kita. Nabi berpesan kepada Ibn Abbas yang jadi panduan kepada kita,” katanya pada video dimuat naik di TikTok rasmi beliau malam tadi.

Bonda Rozita ditegur Dr Rozaimi, muat naik status di Facebook berkait Nabi Muhammad SAW atas pelbagai perkara

Rozaimi kemudian membacakan hadis tersebut yang bermaksud, ‘apabila kamu ingin meminta, mintalah pada Allah dan jika inginkan pertolongan, minta pertolongan kepada Allah Azzawajalla’.

“Jadi hati-hati mintalah daripada Allah. Cintalah Nabi Muhammad SAW, sayangi nabi dan ikut ajaran nabi. Moga Allah Taala merahmati kita semua,” nasihat beliau.

Terdahulu, Bonda Rozita pada Facebook didakwa memuat naik status berkait Nabi Muhammad SAW atas pelbagai perkara sekali gus menerima maklum balas daripada orang ramai berhubung ucapan tersebut.

Bonda Rozita ditegur Dr Rozaimi, muat naik status di Facebook berkait Nabi Muhammad SAW atas pelbagai perkara
BACA:
Kes amang seksual tak halang PU Azman, rajin pergi hiking dan masih aktif beri ceramah
Hajah Nelydia Senrose sudah ‘freehair’, Bergambar dengan keluarga tanpa menutup bahagian kepala
Jemaah surau berumur 70 tahun berperangai syaitan, ramas testis budak tingkatan 1 sampai meninggal