Brother kongsi tip pilih barangan elektrik yang bagus, bukan hanya ‘brand’ semata-mata

Brother kongsi tip pilih barangan elektrik yang bagus, bukan hanya ‘brand’ semata-mata.

Pemilihan barang elektrik di dalam rumah sangat penting kerana ia kebiasaannya ingin digunakan untuk tempoh yang lama.

Barangan elektrik seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain lagi perlu dijaga dengan baik kerana harganya bukannya murah.

Namun begitu, pilihan barangan elektrik ini bukan sahaja bergantung kepada jenama, malah ia juga melibatkan kualiti sesuatu produk tersebut.

Oleh itu, bagi anda yang sedang memilih untuk memberi barangan elektrik mari ikuti perkongsian pada hari ini berkenaan tip memilih jenama barangan elektrik yang bagus.

Perkongsiap tip tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguan TikTok yang menggunakan nama @abgletriqq.

Brother kongsi tip pilih barangan elektrik yang bagus, bukan hanya 'brand’ semata-mata

Menurut lelaki itu, kualiti barangan elektrik bukan terletak pada jenis jenama yang dipilih sebaliknya ia bergantung kepada nasib.

“Tak semestinya beli brand yang famous, barang tu akan tahan lama. Tak semestinya beli barang brand kurang famous, barang tu cepat rosak. Semua tu sebenarnya depends pada nasib juga,” kata lelaki tersebut.

Tip paling penting ketika membeli barangan elektrik adalah dengan mengetahui berkenaan after sales service atau servis selepas produk dibeli.

“Korang kena tahu macam mana dia punya after sales service. Contoh, korang kena tengok hotline customer service macam mana ataupun pantas memberikan feedback,” tambah lelaki itu.

Tanya jurujual berkenaan after sales service
Menurutnya lagi, untuk mengetahui after sales service sesuatu produk bagus atau tidak, anda hanya perlu bertanya sendiri berkenaan perkara itu kepada jurujual.

“Sebab jurujual mesti akan share mana brand yang after sale service dia yang okay ataupun dengan yang tidak okay,” jelasnya lagi.

Kebiasaannya jurujual akan berkongsikan jenama mana yang mempunyai after sale service yang paling okay. Ia bagi mengelakkan terjadinya masalah produk kepada pelanggan di masa akan datang.

Perkongsian berguna daripada lelaki tersebut telah mendapat komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan berkenaan perbincangan itu adalah:

“TV zaman sekarang ni tak selasak zaman TV dulu-dulu. TV sekarang memang jenis pakai buang je. Tak kira brand apa pon. Setuju dengan pendapat brader nie, semua tengok nasib juga,” tulis seorang netizen yang bersetuju dengan pendapat lelaki tersebut.

“Agree tengok luck. Same goes for car too,” tulis seorang lagi netizen dengan pendapat lelaki itu.

“Betul tu, semuanya pada luck so pandai-pandai la jaga TV anda,” tulis seorang netizen lagi.

@abgletriqq Replying to @userc7e14zbt97 tips memilih brand yang sesuai bila beli barang elektrik #fyp #fypシ゚viral #fy #barangtahanlama ♬ original sound – ABGLETRIQQ
BACA:
Bapa tidak berperikemanusaan, sanggup simpan duit dalam bank dan biarkan anak makan lauk telur tiap hari
Sky Train pertama mula beroperasi di China, tergantung bawah landasan dan memiliki lantai kaca
Budak ‘punk’ buat perangai dekat Kelantan, buat konsert liar dan sediakan minuman keras di Felda Paloh