“Buatlah laporan, tiada siapa mempercayai” – Firdaus wong ‘sound’ pempengaruh agama, dakwa angkuh dan ugut orang

“Buatlah laporan, tiada siapa mempercayai” – Firdaus wong ‘sound’ pempengaruh agama, dakwa angkuh dan ugut orang.

HANTARAN terkini pendakwah bebas Firdaus Wong mencetuskan tanda tanya kerana melibatkan seorang pempengaruh media sosial (influencer) yang dikatakan membawa mesej agama.

Individu tersebut didakwa mengeluarkan kata-kata angkuh terhadap seorang wanita yang telah dizalimi.

Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut didakwa mengeluarkan kata-kata ugutan.

“Satu sahaja nasihat saya kepada para influencer ini khususnya yang membawa imej agama, jangan menzalimi mereka yang lemah khususnya wanita dan kemudian cuba mengugut,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Firdaus Wong turut berkongsikan ungkapan yang didakwa dibuat oleh pempengaruh tersebut iaitu, “Kamu buatlah laporan, tiada siapa yang akan mempercayai dan tolong kamu. Saya famous (terkenal) dan lihatlah awak siapa.”

"Buatlah laporan, tiada siapa mempercayai" - Firdaus wong 'sound' pempengaruh agama, dakwa angkuh dan ugut orang

Menyifatkan kata-kata tersebut sebagai angkuh, dia juga beranggap individu berkenaan seolah-olah menafikan kekuasaan Allah untuk menghukum kezaliman yang telah dilakukan.

“Kamu, ya kamu yang terasa nasihat ini dituju kepada kamu. Wanita yang kamu zalimi dan ugut telah mengadu kepada Tuhan dia yang juga Tuhan sekalian alam.

“Dia juga telah mengadu kepada pihak berkuasa dan meminta bantuan kami. Allah tidak suka pada orang yang sombong,” tulisnya lagi.

Duit dan nama segala-galanya sekarang. Yang tidak berduit ini apa saja mampu?

Dia turut menyertakan maksud petikan ayat al-Quran dari surah al-Israa’ ayat 37.

Tambah Firdaus Wong lagi, pempengaruh tersebut sepatutnya mengetahui azab yang akan diterima kerana dikatakan mempunyai ilmu agama.

“Kamu sebagai seorang yang kononnya belajar agama pasti tahu akan apa kesudahan orang yang sombong seperti Qarun, Firaun dan Abu Jahal?

“We are coming for you,” tambahnya.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dengan kebanyakannya menyokong tindakan pendakwah itu.

“Setuju. Jangan ingat dia influencer dia king boleh buat apa saja… teruskan ustaz demi kebenaran.

“Ya Allah tegakkan yang hak. Semoga terbela mereka yang dizalimi.

“Duit dan nama segala-galanya sekarang. Yang tidak berduit ini apa saja mampu? Semoga Allah membantu mereka yang menegakkan kebenaran.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan orang-orang yang membantu golongan terzalim. Terima kasih brother Firdaus Wong,” ujar beberapa warga maya.

BACA:
Ahli Parlimen Kinabatangan dan isteri lepas tuduhan rasuah RM2.8 juta
Wanita syukur surat bertulis tangan disampaikan terus kepada Raja Permaisuri Agong, ini yang ditulis individu itu
“Penjaja kecil seperti penjual pisang goreng, karipap, keropok lekor dan ayam gunting juga termasuk dalam senarai” – KPDN