Menggunakan telefon bimbit sambil mengecas mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi ramai orang di luar sana. Tidak hanya kanak-kanak, malah orang dewasa juga sering melakukan tabiat ini tanpa memikirkan risiko yang berpotensi terjadi. Menggunakan telefon selama berjam-jam ketika ia sedang dicas boleh menyebabkan peningkatan suhu dalaman peranti tersebut.
Budak lelaki menahan kesakitan ketika dirawat oleh doktor
Seperti yang dialami oleh seorang budak lelaki ini, dia telah dikejarkan ke pusat rawatan kerana dipercayai terkena renjatan elektrik. Difahamkan, insiden itu terjadi akibat bermain telefon bimbit sambil mengecas. Dalam rakaman tersebut, ekspresi wajah kanak-kanak itu cukup untuk menggambarkan kesakitan yang dirasainya ketika itu.
Kena renjatan elektrik sehingga tidak dapat melihat
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, renjatan elektrik tersebut dikatakan turut menjejaskan kualiti penglihatan kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, sejauh mana kerosakannya masih belum dapat dipastikan. Sejak dimuat naik, video itu telah mendapat lebih daripada 21 juta tontonan dan menjadi peringatan penting bagi mereka yang sering melakukan tabiat ini.
Kadang-kadang ibu bapa sudah mengingatkan berkali-kali, tetapi anak tetap degil
Melihat kepada ruangan komen, netizen memberikan pelbagai pendapat. Ada yang percaya bahawa ibu bapa telah berkali-kali menasihati anak mereka supaya tidak melakukan hal tersebut, namun teguran itu seolah-olah tidak diendahkan.