JebatDerhaka

Budak ‘punk’ buat perangai dekat Kelantan, buat konsert liar dan sediakan minuman keras di Felda Paloh

Budak ‘punk’ buat perangai dekat Kelantan, buat konsert liar dan sediakan minuman keras di Felda Paloh.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan budak ‘punk rock’ yang dipercayai buat konsert liar di Felda Paloh, Gua Musang, Kelantan.

Budak ‘punk’ buat konsert liar


Menerusi video tular, kelihatan sekumpulan budak ‘punk’ sedang asyik menghayati dan memanfaatkan konsert liar tersebut selain turut dilihat membawa kanak-kanak.

Melihat kepada video tular dimuat naik oleh pengguna TikTok Dzulhilmi Zainol, nampak gayanya budaya yang dibawa dari barat berkait dengan muzik keras sejak awal 70-an masih lagi menular di negara ini.

Seakan tidak percaya budak punk mengadakan konsert di Gua Musang, , individu berkenaan meninggalkan soalan sama ada ia benar-benar berlaku di Gua Musang seperti mana dilihatnya

Budak 'punk' buat perangai dekat Kelantan, buat konsert liar dan sediakan minuman keras di Felda Paloh

Orang kampung mengadu, budak punk bising
Kejadian tersebut juga berjaya mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat setempat lebih-lebih lagi ia diadakan di kawasan perkampungan.

Memetik laporan Kosmo! Online, seorang penduduk yang mahu dikenali Hakim berkata, penduduk Felda berkenaan telah pun membuat tindakan aduan kepada pihak berkuasa.

Ia berikutan mereka telah membuat bising di kawasan kampung berkenaan selain turut dilihat menghidangkan minuman keras.

“Bunyi bising serta kelihatan minuman keras turut dihidangkan dalam konsert tersebut. Difahamkan bukan penduduk di sini yang anjur, tetapi orang luar.


“Namun saya terkejut konsert punk boleh masuk dalam kawasan kampung malah berada di Hulu Kelantan ini,” katanya.

Pastinya ramai terkejut dengan penganjuran konsert berunsurkan budaya kuning dari barat itu kini diadakan dan menular di kawasan pedalaman Kelantan.

Mana tidaknya, umum sedia maklum negeri terbabit amat terkenal dengan pegangan agama Islam yang kuat. Oleh itu, adalah mustahil jika ia boleh berlaku terutamanya konsert liar budak punk itu diadakan di sebuah dewan besar dekat DUN Paloh.

Difahamkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Istiadat Agama Islam Kelantan (MAIK) telah pun mengambil tindakan terhadap penganjur konsert itu.

BACA:
“Keluarga anda miskin ke” -Guru kurang ajar merendahkan anak murid sebab pembaris besi, siap hantar video dalam group
Ibu tunggal tanggung derita diikejar ceti haram gara-gara adik bongsu, siap ugut nak bakar dan simbah cat
“Mama tak sayang kakak ke tak bagitahu” – Wanita terkilan lihat keadaan ibu, berkerusi roda hadir tamat latihan