JebatDerhaka

Budak terpaling metal buat perangai, bergambar dengan kelakuan kurang sopan dekat kubur dan tak hormat orang mati

Budak terpaling metal buat perangai, bergambar dengan kelakuan kurang sopan dekat kubur dan tak hormat orang mati.

Baru-baru ini, di laman Twitter (X), seorang individu menyuarakan rasa kurang senang apabila terdapat ada lelaki menceroboh kawasan kubur dan mengambil gambar dengan gaya yang tidak sopan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh individu tersebut, dia mohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pengguna TikTok yang bernama Always Razeeq kerana telah menyentuh sensitiviti agama.

Sebelum ini, di laman TikTok tular satu video memaparkan sekumpulan budak ‘metal’ bangga bergambar di kawasan perkuburan Kristian dengan gaya yang tidak sopan.

Budak terpaling metal buat perangai, bergambar dengan kelakuan kurang sopan dekat kubur dan tak hormat orang mati

Biarpun sudah ditegur oleh ramai pihak, lelaki bernama Razeeq itu seakan-akan tidak mengendahkan teguran netizen serta sempat persendakan mereka.

BACA:
Warga emas jadi bualan penduduk, bina tugu bentuk zakar di tengah kampung, dakwa bawa tuah pada hari akan datang
Pengerusi syarikat makan sabun depan pekerja undang jenaka netizen, bukti produk diperbuat daripada bahan semula jadi
Pengguna berang ramai yang tak tahu ada lampu isyarat guna sistem sensor, siap bagitahu cara yang betul