Bukan calang-calang orang rupanya isteri kepada Putera Abdul Mateen ini, kenali Dayang Anisha

Putera Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, telah melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam. Berita ini disambut baik oleh rakyat dan netizen yang memberikan ucapan tahniah kepada pasangan diraja ini.

Dengan paras rupa yang tampan dan postur tubuh yang sasa, anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz ini menjadi tumpuan ramai.

Rentastic Register Page

Berikut adalah beberapa fakta menarik dan biodata Dayang Anisha Rosnah Adam:

Biodata:

  • Nama Penuh: Dayang Anisha Rosnah binti Adam
  • Nama Terkenal: Dayang Anisha, Anisha Isa-Kalebic
  • Umur: 30 tahun
  • Tahun Lahir: 1994
  • Pendidikan: Berkelulusan dari University of Bath, England
  • Pekerjaan: Usahawan
  • Fakta Menarik Dayang Anisha:

Cucu Golongan Pembesar Diraja:

Anisha adalah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa, yang berpengaruh di negara itu.
Datuknya pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan Brunei dan merupakan pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei.

Mempunyai Dua Perniagaan:

  • Anisha merupakan usahawan berjaya dan memiliki perniagaan fesyen pakaian bernama Silk Collective.
  • Beliau juga terlibat dalam perniagaan pelancongan bersama rakan baiknya, Authentirary.
  • Selain itu, Anisha memiliki hobi memasak dan berkongsi resepi makanan di akaun Instagram @anishaskitchen.

Abangnya Rakan Baik Putera Mateen:

Rentastic Register Page
  • Anisha mempunyai seorang abang, Daniel Isa Kalebic, yang juga rakan baik Putera Mateen.
  • Daniel dan isterinya sering berkumpul bersama Putera Mateen dan Anisha, berkongsi minat dalam bola sepak dan sukan polo.

Kedekatan dengan Putera Mateen:

  • Dayang Anisha adalah spekulasi sebagai sepupu jauh kepada Putera Mateen, dengan hubungan yang terjalin sejak kecil.
  • Gosip mengenai hubungan romantik mereka mula tersebar pada tahun 2018, dan keintiman semakin nyata pada tahun 2022.
  • Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini dijadualkan berlangsung selama 10 hari, bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024.
BACA:
Sentiasa segak dalam apa jua istiadat, 7 nama alat kebesaran diraja ini selalu dipakai dan digunakan YDPA
Pemilik flat selera kondo, selamba pasang gril besi di koridor sampai halang laluan penduduk dan pekerja
Tak sangka, guru yang Kantoi hina anak murid autisme dalam group whatsapp rupanya ada ‘plot twist’