Bukan kaleng-kaleng, pengantin dapat kalung duit dari keluarga sebagai hadiah

Bukan kaleng-kaleng, pengantin dapat kalung duit dari keluarga sebagai hadiah.

Sebuah video yang viral di media sosial Indonesia menunjukkan sepasang pengantin baru di Madura, Jawa Timur, menerima beberapa kalungan wang kertas bernilai 50,000 rupiah (RM14.98) dan 100,000 rupiah (RM29.95) sebagai hadiah dari keluarga, dilaporkan oleh laman berita Wolipop semalam.

Dalam video tersebut, beberapa tetamu nampak memberikan kalungan wang kepada pasangan pengantin secara bergilir-gilir.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Matus, situasi seperti ini sering berlaku di Madura kerana amalan tra disi penduduk pulau tersebut.

“Di sini, amalan seperti itu sudah biasa berlaku, tiada yang aneh. Namun, saya tidak mengetahui jumlah wang yang dikalungkan itu.

“Kalungan wang itu dianggap sebagai pemberian daripada saudara-mara dan rakan-rakan,” kata jurusolek yang juga bertindak sebagai juruhias pelamin.

Bukan kaleng-kaleng, pengantin dapat kalung duit dari keluarga sebagai hadiah

Video tersebut menjadi viral di platform TikTok dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kalau tidak silap, mengikut adat di Madura, tuan rumah akan mengumumkan jumlah wang yang disedekah dalam sampul. Jadi, semua orang berlumba-lumba untuk memberikan wang yang banyak,” kata seorang netizen.

“Terus bawa pulang modal (belanja) majlis tiga kali ganda,” kata pengguna lain.

BACA:
Budak 8 tahun didera hingga susut berat badan, dikurung dalam tandas dan dipukul sampai tak bermaya
‘Hackers’ Malaysia buat kerja, godam kat kredit rakyat Israel dan sebar di media sosial secara meluas, ada yang dapat beli barang
Wanita hampir histeria lepas beli salad salmon, terkejut jumpa salamander dalam asingan sos