JebatDerhaka

Bukan menjadi doktor, cita-cita Dr Noor Hisham sebenarnya mahu jadi…

Bukan menjadi doktor, cita-cita Dr Noor Hisham sebenarnya mahu jadi….

Dalam temu bual, Dr. Noor Hisham mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak dibesarkan dalam keluarga yang berada. Tan Sri Dr. Noor Hisham, bekas Ketua Pengarah Kesihatan, bukanlah nama yang asing di kalangan rakyat Malaysia.

Beliau bukan sahaja dikagumi di dalam negara, malah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sehingga disenaraikan sebagai salah seorang daripada 3 doktor terbaik di dunia semasa berdepan dengan pandemik Covid-19.

Personaliti yang sederhana berserta kredibiliti dalam memimpin barisan hadapan telah membuatkan ramai terkagum dan yakin dengan keupayaan beliau dalam menangani pelbagai wabak seperti Covid-19 dan virus Nipah (1998-1999).

Namun, pada satu ketika dahulu, Dr. Hisham tidak pernah bercita-cita untuk menyertai bidang perubatan. Sebaliknya, beliau memimpikan untuk menjadi seorang pegawai agama atau mufti. Semuanya berubah apabila beliau mula belajar di Kolej Islam Klang.

Dalam temu bual bersama BFM, Dr. Hisham berkongsi bahawa pada masa itu, beliau dimasukkan ke dalam kelas aliran sains walaupun lebih berminat dalam aliran sastera dan pembelajaran agama.

Bukan menjadi doktor, cita-cita Dr Noor Hisham sebenarnya mahu jadi…

“Namun, ustaz saya memberitahu saya bahawa tidak boleh. Beliau berkata, kita sudah mempunyai banyak pelajar dalam bidang agama. Tetapi sekarang kita kekurangan dalam bidang perubatan,” katanya kepada BFM.

Galakan dari ustaz tersebut menjadi salah satu faktor utama yang mendorong beliau untuk terus berada dalam bidang sains sehingga akhirnya mencapai gelaran doktor pakar.

Dr. Noor Hisham turut mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak dibesarkan dalam keluarga berada. Beliau memberitahu bahawa beliau dibesarkan sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Cina. Ibu angkatnya kemudiannya memeluk Islam, dan semasa beliau berada di darjah lima, wanita tersebut berpisah dengan suaminya.

“Jadi, pendedahan saya terhadap budaya lain menjadi semakin meluas. Akhirnya, saya diambil sebagai anak angkat oleh seorang ustaz,” ujarnya.

Sebagai makluman, selepas beberapa bulan bersara wajib, Dr. Hisham telah mengumumkan bahawa beliau kembali bertugas dalam bidang perubatan dengan menyertai Institut Endokrin Hospital Putrajaya pada bulan Oktober. Selain itu, pada bulan yang sama, beliau telah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Anwar Ali, memandangkan reputasinya yang cemerlang dalam bidang kesihatan dan perubatan.

BACA:
Berjaya kumpul RM5,281 dalam guni, lelaki beli motosikal yang dihajati secara tunai
Keadaan terkini bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5
AJK Masjid alami demam-demam dan seram sejuk lepas maghrib, pengamal perubatan ‘rawat’ van jenazah