JebatDerhaka

Bukan saja-saja dialog filem melayu zaman 80-an dan 90-an berbahasa baku, ini sebab yang ramai tak tahu

Jika anda pernah menonton filem zaman 80-an atau 90-an, pasti anda perasan perbezaan dalam lontaran suara dan dialog, yang kelihatan agak skema.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat sebab mengapa dialog dalam filem zaman tersebut terdengar skema dan cara percakapan pelakonnya juga dituturkan sepatah demi sepatah.

Salah satu sebabnya adalah pengaruh pentas bangsawan, di mana pelakon perlu melontarkan suara satu persatu. Tambahan pula, kebanyakan pelakon mengambil jalan selamat dengan bertutur sepatah demi sepatah disebabkan masalah dubbing.

Bukan saja-saja dialog filem melayu zaman 80-an dan 90-an berbahasa baku, ini sebab yang ramai tak tahu

Apa itu dubbing?

Dubbing merujuk kepada proses memasukkan suara ke dalam sebuah filem atau drama. Pada tahun 80-an dan 90-an, semasa proses penggambaran filem berlangsung, kamera hanya merakam imej tanpa melibatkan bunyi. Suara kemudiannya dimasukkan selepas beberapa minggu atau bulan, setelah penggambaran selesai.

Ini bermakna, pelakon perlu melakukan tugas mereka dua kali – pertama, berlakon semasa penggambaran, dan kemudian, dua atau tiga bulan kemudian, menyuarakan dialog semula.

Proses dubbing menjadi rumit kerana pelakon mungkin tidak ingat dialog asal.

Jika filem tidak mempunyai skrip rasmi, proses ini menjadi lebih rumit. Dalam kes filem dengan skrip, pelakon yang mahir akan memilih untuk bercakap sepatah-sepatah dan menggunakan waktu untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain, walaupun tidak perlu, untuk melontarkan beberapa baris dialog.

Ini memudahkan proses dubbing, di mana pelakon dapat menyesuaikan suara mereka dengan pergerakan bibir untuk mengingati atau mengikuti dialog asal.

Itulah sebabnya mengapa gelak cara ‘ehehehe ehehehe’ Hail Amir kelihatan skema dan mengambil masa beberapa saat, kerana Hail Amir perlu menyuarakan semula gelakannya semasa proses dubbing.

Kebanyakan filem Melayu menjalani proses dubbing.

Filem Melayu jarang dihasilkan tanpa proses dubbing. Hanya beberapa filem seperti “Abang” (1981) dan “Puteri Gunung Ledang” (2004) yang dihasilkan tanpa dubbing. Sebaliknya, kebanyakan filem Melayu memerlukan pelakon dubbing suara, menyebabkan wajah orang berbeza dengan suara yang digunakan.

Sebagai contoh, dalam filem “XX Ray II” (1995), suara Aleeza Kassim digantikan sepenuhnya dengan suara Ramona Rahman kerana suara Aleeza dianggap terlalu ‘jantan’. Pada tahun 60-an, filem lakonan Jefri Zain dialih suara ke bahasa Melayu dengan menggunakan suara Normadiah, dan filem “Ali Baba Bujang Lapok” (1961) juga mengalami beberapa proses dubbing disebabkan dialek Arab yang keterlaluan.

BACA:
Bintang Daud perhabis RM275.36 bilion untuk hancurkan Filastin, masih gagal tewaskan Hamas
“Aku jadi takut nak ada mertua lepas dengar luahan mak, lagi aku tak sangka jni yang jadi masa awal aku kahwin”
Bukan biasa-biasa juga Malaysia, ini 6 negara yang pasport paling berkuasa