Caprice beri respon lepas dikecam netizen tentang isu melutut minta maaf

Penyanyi rap, Caprice, menasihati netizen supaya berhenti mengkritik tindakan isterinya yang meminta individu untuk melutut sebagai tanda permohonan maaf baru-baru ini.

Sebaliknya, Caprice menjelaskan bahawa isu tersebut telah diselesaikan dan netizen perlu melangkah ke hadapan.

“Mak budak tu pun okay dengan tindakan kami. So kepada sesiapa yang masih tidak berpuas hati dengan cara Elis (Farra Inalis), dah boleh move on,” katanya dalam hantaran Instagramnya hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Caprice juga memuat naik tangkapan skrin perbualannya dengan individu yang dipercayai abang kepada lelaki yang menghina anaknya sebelum ini.

“Sebagai abang, saya bersedia untuk berjumpa dengan Caprice, memohon maaf. Kita harus bertemu muka untuk menyelesaikan dosa-dosa manusia dengan cara yang baik.

Caprice beri respon lepas dikecam netizen tentang isu melutut minta maaf

“Mak saya pesan supaya isu ini tidak dipanjangkan,” tambahnya.

Selain itu, Caprice juga telah memadamkan video tersebut dan menggantikannya dengan video yang telah disunting.

“Selepas mempertimbangkan pendapat pengikut, ustaz, isteri, dan anda semua, kami memutuskan untuk memadamkan video lama yang memuatkan adegan melutut. Kami memuat naik semula video ini (video yang telah disunting) sebagai penutup untuk kes ini.

“Saya berharap ianya menjadi pengajaran besar untuk semua ‘keyboard warriors’ di luar sana, yang berani mencemar nama atau menghina kanak-kanak. Saya juga memohon maaf kepada mereka yang tidak bersetuju dengan bahagian melutut tersebut,” katanya.

BACA:
30 tahun aku merana, benda yang sama mesti berlaku bila tiba hari raya, paling aku ingat sampai bila-bila pakaian yang aku pakai
Susunan peristiwa ikut turutan kes cubaan tembak isteri dan pegawai yang cedera di KLIA
Servis bertukar tangan, giliran Alif Syukri disaman sebanyak RM70 juta dengan Tan Sri Abdul Kadir