Caprice perli Cyber Trooper Ebit Lew, boleh belajar dengan designer miliknya buat poster

Caprice perli Cyber Trooper Ebit Lew, boleh belajar dengan designer miliknya buat poster.

Caprice TEGUR segelintir ‘cyber troopers’ yang dilihat cuba untuk menyerangnya dengan menghasilkan pelbagai bentuk poster beserta ayat kecaman berbunyi ‘Caprice Pakatan Jahat Tidak Akan Diredhai Allah’ dan ‘Attention Seeker Undur Diri?Apa Sudah Jadi?’.

Di Instagram Story, Caprice menunjukkan beberapa tangkap layar berupa poster yang direka bentuk oleh individu terbabit.

Caprice bagaimanapun menegur pihak terlibat agar tidak goyah dengan isu tular membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini masih dalam siasatan.

“Salam boss, jangan nampak goyang sangat sampai nak upah cyber troppers dan design poster bagai. Relaks! Cuba lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice turut menunjukkan beberapa bukti berupa laporan akhbar yang menunjukkan kes gangguan seksual melibatkan pendakwag sensasi itu.

Caprice perli Cyber Trooper Ebit Lew, boleh belajar dengan designer miliknya buat poster

“Cap tak ada bajet nak upah cyber tropers untuk design poster dan serang sosial media, tetapi ni bukan poster tapi ni real artikel.

“Uish, banyak juga news. Sorry geng ni pun bukan poster (laporan Ebit Lew didakwa hantar gambar, perkataan lucah aib wanita).”

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Caprice kelihatan mengucapkan terima kasih di atas ‘kerja keras’ yang ditunjukkan oleh pihak terbabit sekaligus memohon agar pereka bentuk (designer) yang menghasilkan poster tersebut supaya mengasah lagi bakat mereka dalam kemahiran mereka bentuk.

“Tapi kepada designers dan cyber troopers dekat luar sana, i just want to say ‘You are welcome’.

“Cap gembira bila dapat secara indirect, bantu orang Melayu kita dapat incomeextra walaupun design poster tak berapa lawa.

“Saya tahu anda smeua perlukan duit, tapi tolonglah polish up a bit on your design skills,” ujarnya.

BACA:
Bapa tidak berperikemanusaan, sanggup simpan duit dalam bank dan biarkan anak makan lauk telur tiap hari
Sky Train pertama mula beroperasi di China, tergantung bawah landasan dan memiliki lantai kaca
Budak ‘punk’ buat perangai dekat Kelantan, buat konsert liar dan sediakan minuman keras di Felda Paloh